web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: 1,457 Kes Baharu, 3 kematian Di Singapura

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 11:15AM

Jumlah kematian yang direkodkan setakat ini di Singapura adalah 68 orang. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura melaporkan sejumlah 1,457 kes baharu COVID-19 pada Rabu (22 September), dengan 1,277 dalam komuniti, 176 di asrama pekerja migran dan empat kes import.

Ia merupakan kes harian tertinggi yang dikesan sejak peningkatan kes sebanyak 1,426 pada 20 April 2020.

Dalam data dikeluarkan lewat malam tadi, Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan 1,083 kes kini ditempatkan di hospital dengan 145 kes serius yang memerlukan bantuan oksigen, dan 19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Republik itu juga melaporkan tiga kematian, semua membabitkan penduduk tempatan, menjadikan jumlah korban akibat jangkitan COVID-19 seramai 68 orang.

Satu daripada kes itu melibatkan seorang lelaki berusia 50 tahun, didapati positif COVID-19 pada 13 September.

Dia belum menerima suntikan vaksin COVID-19 dan keadaan perubatan tidak diketahui, menurut data berkenaan.

Sementara itu, sejak 28 hari lalu, Kementerian Kesihatan Singapura menyatakan daripada sejumlah 14,412 individu yang dijangkiti, 97.9 peratus tidak mengalami gejala ringan atau ringan, 1.8 peratus memerlukan bantuan oksigen, 0.2 peratus memerlukan rawatan ICU dan 0.08 peratus meninggal dunia.

Sehingga tengah hari Rabu, jumlah keseluruhan kes sebanyak 81,356 dengan 9,198 kes aktif.

Setakat 21 September, 82 peratus penduduk menerima dua dos vaksin COVID-19 manakala 84 peratus lagi sekurang-kurangnya satu dos. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad