web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Siap Sedia Hadapi Gelombang Baharu COVID-19

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 7:55AM

Gelombang jangkitan semasa di Singapura bermula pada 23 Ogos lalu dan ini adalah kali pertama republik itu mengalami peningkatan mendadak jangkitan dalam komuniti. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura memperhebat program saringan untuk mengesan kes COVID-19 lebih awal berikutan gelombang baharu jangkitan dalam kalangan komuniti ketika ini, menurut pasukan pelbagai kementerian (MTF) republik itu.

Menurut unjuran semasa, MTF berkata ‘berkemungkinan kita akan mencecah lebih 1,000 kes harian, yang dikesan menerusi saringan itu’.

MTF menyatakan gelombang jangkitan semasa bermula 23 Ogos dan ini adalah kali pertama republik itu mengalami peningkatan mendadak gelombang jangkitan dalam komuniti.

Pada 9 Sept, Singapura mengesan sejumlah 450 kes jangkitan COVID-19 komuniti.

MTF menyatakan, jumlah kes harian meningkat sejak minggu sebelumnya, dengan purata 76 kes sehari sebelum ini kepada 288 kes pada minggu lalu.

Pada sidang akhbar maya semalam, Pengerusi Bersama MTF yang juga Menteri Perdagangan dan Industri, Gan Kim Yong, berkata ‘peningkatan mendadak itu begitu membimbangkan’.

“Meskipun kadar vaksinasi kita sudah mengatasi banyak negara dan satu daripada negara yang mempunyai kadar vaksinasi tertinggi dunia, kami mahu memastikan jumlah kes tidak naik mendadak kerana ia boleh menjurus ke arah kes yang lebih serius dan menjejaskan sistem penjagaan kesihatan kita.

“Oleh itu kami mahu lebih berhati-hati dan memberi lebih masa untuk memastikan bahawa jumlah kes harian yang tinggi, tidak mengakibatkan jumlah kes serius yang tinggi atau kematian,” katanya.

Gan berkata, tempoh dua atau empat minggu akan datang, adalah detik kritikal buat Singapura “kerana kami akan mengesan sama ada keadaan pesakit menjadi lebih teruk atau mengalami komplikasi lebih buruk.

“Kami akan menggunakan tempoh beberapa minggu ini untuk memberi kami masa bagi memantau jumlah kes serius, meningkatkan kapasiti saringan, dan terus meningkatkan liputan vaksinasi kami. Keadaan ini membolehkan melangkah ke depan dengan lebih yakin apabila tiba masanya kelak.

“Ketika kita mengharungi gelombang pada hari mendatang, kami perlu meningkatkan saringan dan menjadikannya sebagai elemen penting strategi kami, dalam perjalanan kita ke arah meningkatkan daya tahan COVID-19,” katanya.

Gan menegaskan bahawa saringan turut penting untuk perniagaan kerana andai jangkitan dapat dikesan lebih awal maka besar kemungkinan ia tidak membabitkan kluster yang besar dan keadaan itu tidak menyebabkan lebih banyak gangguan terhadap perniagaan.

Bagaimanapun, MTF menyatakan, jumlah kes serius COVID-19 masih rendah.

Sehingga 9 Sept, sebanyak 26 kes serius dicatatkan membabitkan pesakit terpaksa diberikan bantuan pernafasan dan tujuh lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

MTF menegaskan, semakin banyak bukti kukuh menunjukkan bahawa vaksinasi memberikan perlindungan daripada keadaan menjadi lebih buruk.

Antara kes yang sudah mendapat vaksinasi lengkap sejak 28 hari lalu, MTF berkata, 99.2 peratus adalah asimptomatik atau mempunyai gejala ringan manakala dalam kalangan mereka yang belum divaksin atau belum lengkap, 95.1 peratus mengalami gejala ringan.

Setakat 8 Sept, 81 peratus penduduk Singapura sudah lengkap/menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 dan 83 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 20 minit yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar