web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Diharap Mampu Perkasa Hubungan Sabah - Persekutuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 8:59PM

Hajiji Noor berkata pelantikan ini juga diharap akan dapat mempercepatkan usaha membangun negeri Sabah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan diharapkan mampu memperkasa hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pelantikan ini juga diharap akan dapat mempercepatkan usaha membangun negeri ini, selain memberi lebih perhatian kepada segala isu yang menyentuh hak mereka.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan terus memperjuangkan segala isu berkaitan hak, keutamaan dan keperluan Sabah.

“Dengan pelantikan Perdana Menteri baharu hari ini, ia bermakna pergolakan kepimpinan di peringkat Persekutuan telah berjaya diselesaikan, justeru semua pihak perlu bersatu dalam memberi tumpuan terhadap usaha memerangi pandemik COVID-19 dan membangunkan kembali ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyifatkan pelantikan Ismail Sabri Yaakob tepat pada masa.

Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup, parti itu selaku komponen Barisan Nasional (BN) menyokong penuh pelantikan Ahli Parlimen Bera terbabit dan yakin beliau mampu mentadbir kerajaan negara berbekalkan pengalaman dimiliki.

“Pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu adalah tepat bagi menghentikan kemelut politik negara dan dalam keadaan Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil bagi menghadapi cabaran sedang dialami,” katanya.

Arthur berkata, ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik juga perlu memberi fokus kepada usaha memerangi pandemik COVID-19, memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat berdepan detik sukar ini.

“PBRS turut berharap semua parti politik boleh bekerjasama dengan mengetepikan perbezaan ideologi dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai matlamat paling mustahak, selain menumpukan penyelesaian isu semasa,” katanya. - Getaran, 20 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad