web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Afghanistan Di Malaysia Harap Keamanan Sempena Hari Kemerdekaan Ke-102

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 8:08AM

Seorang pelarian kanak-kanak Afghanistan berada di sempadan Iran-Afghanistan. - AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Afghanistan semalam memperingati ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-102 di tengah-tengah kekalutan ekoran pengambilalihan pentadbiran negara itu oleh Taliban.

Meraikan sambutan itu dari perantauan, warga Afghanistan di Malaysia bimbang dengan nasib dan masa depan tanah air mereka dan berharap keadaan di negara itu akan stabil tidak lama lagi.

Saleh (bukan nama sebenar), berusia lewat 30-an, bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur, berkata kemerdekaan adalah kebebasan dan mendapatkan hak-hak sebagai warganegara, namun ia tidak dapat dinikmati di negaranya.

“Kemerdekaan tidak memberi apa-apa makna apabila ribuan rakan senegara saya tidak dapat tidur atau berehat kerana takut dibunuh dan anak-anak menangis ketakutan meskipun berada dalam pangkuan ibu mereka.

“Saya sangat risau, tidak dapat tidur selama tiga malam kerana bimbangkan keadaan di negara saya,” katanya kepada Bernama menerusi Whatsapp.

Saleh, yang meninggalkan Afghanistan kerana ancaman keselamatan beberapa tahun lalu, berkata negara itu memerlukan sistem urus tadbir yang moden dan diterima rakyat.

Katanya, penindasan, pembunuhan dan keganasan bukanlah penyelesaian kepada konflik, sebaliknya rakyat mendambakan penyelesaian yang bertunjangkan demokrasi.

“Dalam 20 tahun ini, generasi belia sudah berpendidikan; mereka adalah harapan semua rakyat Afghanistan. Punca peperangan dan kekalahan Afghanistan disebabkan kita tidak mempunyai pemimpin yang sejati yang mampu selamatkan negara daripada krisis,” katanya.

Saleh berkata beberapa hari lalu dia ada menghubungi keluarga dan rakannya di Afghanistan, semoga mereka senantiasa dalam keadaan selamat.

Bagi Sajad (bukan nama sebenar), meskipun dilahirkan di Iran dan tidak pernah menjejakkan kaki di Afghanistan, hatinya tetap sedih kerana ibu dan bapanya berasal dari Afghanistan.

Sajad, telah tinggal dan bekerja di Malaysia selama beberapa tahun, berharap Taliban akan menepati janji mereka untuk memastikan keamanan dan menghormati hak wanita.

“Meskipun ia agak sukar dipercayai (berdasarkan) tindakan Taliban sebelum ini, tetapi saya berharap anggapan saya kali ini salah,” katanya.

Taliban menawan Kabul, pada Ahad sekali gus menguasai Afghanistan buat pertama kali sejak hampir 20 tahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar