web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perbicaraan Kes Rogol ADUN Tronoh Ditangguh Sehingga 27 September

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 5:25PM

Paul Yong Choo Kiong - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perbicaraan kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan sehingga 27 September depan.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan dua saksi pendakwaan pada prosiding hari ini.

Mereka ialah Penyelia Pengurusan Hartanah Meru Desa Park A Murugiah, yang bertanggungjawab menjaga keselamatan di kawasan kediaman ADUN itu, dan Lee Yeong Wai, 39, rakan tertuduh yang pulang dari Kuala Lumpur bersama dengan Yong serta isterinya pada malam kejadian.

Murugiah memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup bersama dengan Ketua Polis Jelapang Inspektor Rashidi Othman mendapati seorang wanita telah keluar dari Meru Desa Park menuju ke arah jalan utama pada 1.23 tengah hari 8 Julai 2019, iaitu sehari selepas kejadian, selepas berbual dengan pengawal keselamatan yang bertugas.

Yeong Wai pula berkata mereka tiba di rumah Yong pada kira-kira 8.30 malam dan berbual sebentar sebelum saksi itu pulang ke rumahnya.

“Sepanjang berada di anjung luar, saya tidak pernah jumpa pembantu rumah,” katanya sambil menambah ketika itu, Yong masih mengenakan pakaian sama iaitu kemeja T hitam berkolar dan seluar panjang warna sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi dengan dibantu oleh Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin manakala pembelaan diketuai Datuk Rajpal Singh.

Mahkamah telah mendengar keterangan 22 saksi sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula pada 5 April lepas.

Yong, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, di kediamannya di Meru Desa Park di sini antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen, namun pada 15 Dis 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Yong didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

2

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

4

Semasa 3 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad