Berita Terkini

13 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


1MDB: Saksi Nafi Ada Rundingan Dengan Pendakwaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Aug 2021 9:08PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang saksi hari ini memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini bahawa tidak ada rundingan antara beliau dan pendakwaan bagi membolehkan namanya dikeluarkan daripada saman yang dikemukakan kerajaan terhadapnya. 

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abd Rahman, 49, membuat penafian itu semasa disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Muhammad Shafee merujuk artikel dari sebuah portal berita dalam talian yang melaporkan bahawa 1MDB telah menggugurkan tindakan sivil terhadap Mohd Hazem dan enam defendan lain dalam satu daripada samannya bagi menuntut kembali US$8 bilion.

Muhammad Shafee: Pada asalnya, tindakan sivil diambil terhadap kamu dan semua anggota pengurusan kanan 1MDB. Bagaimanapun, kemudian kesemua nama telah dikeluarkan daripada saman itu.

"Saya katakan kepada kamu bahawa kamu sebenarnya amat bimbang dengan saman itu. Saya tidak menamakan sesiapa secara khusus… Kamu sebenarnya telah berjumpa dengan pihak pendakwaan serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) dan berkata ‘ini tidak boleh diteruskan (tindakan sivil) kerana kamu sedang memberi keterangan yang memihak kepada pendakwaan namun  pada masa yang sama, kamu disaman oleh kerajaan. Adakah kamu setuju?

Mohd Hazem:  Saya tidak setuju.

Muhammad Shafee: Adakah kamu tahu bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara di Parlimen telah mengesyorkan agar individu seperti Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas CEO 1MDB dan anggota pengurusan kanan lain disiasat? 

Mohd Hazem menjawab “Tidak.”

Saksi pendakwaan ke-10 itu juga tidak bersetuju dengan cadangan bahawa beliau telah diberikan jaminan bahawa namanya akan dikeluarkan daripada tindakan sivil 1MDB. 

Mohd Hazem turut memberi keterangan bahawa beliau tidak tahu mengapa namanya dikeluarkan daripada saman itu. 

Pada 10 Mei lepas, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan 22 saman bagi menuntut kembali asetnya yang bernilai lebih RM96.6 bilion termasuk RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan. 

Saman itu difailkan oleh 1MDB terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala SRC memfailkan saman terhadap lapan entiti dan 15 individu berhubung pelbagai salah laku.

Menyentuh bonus RM2.7 juta yang diterima Mohd Hazem semasa bertugas di 1MDB, peguam itu mendakwa saksi tersebut gagal menjalankan kewajipan fidusiarinya sehingga menyebabkan situasi kewangan syarikat itu “punah begitu sahaja” sepanjang tempoh beliau memegang jawatan. 

"Kamu kata kamu bimbang bahawa Jho Low atau Low Taek Jho adalah individu yang ‘mengawal’ 1MDB namun kamu gembira menerima bonus itu seperti dicadangkan oleh Lembaga Pengarah.

"Lembaga Pengarah malah menilai prestasi anda sebagai ‘melepasi jangkaan.’ Bagaimana anda boleh menerima bonus itu tanpa sedikitpun berasa malu?” kata Muhammad Shafee. 

Sebagai respons, saksi itu berkata perkara tersebut merupakan cadangan ahli lembaga pengarah.

"Adakah saya perlu memberikan jawapannya, Yang Arif?" tanya Mohd Hazem.

Pada peringkat ini, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib membantah soalan itu dan berkata bonus yang diterima oleh Mohd Hazem tidak relevan dengan pertuduhan terhadap Najib. 

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian berkata isu sama ada Mohd Hazem berhak menerima wang itu atau sebaliknya telah diputuskan oleh lembaga pengarah syarikat tersebut.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar