web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Bayar Denda, Kontraktor Dipenjara Palsukan Dokumen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 8:23PM

Nazrul Idham Abu Nasir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang kontraktor terpaksa meringkuk di penjara setelah gagal melunaskan denda sebanyak RM1.5 juta yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi membuat tuntutan berjumlah RM512,090 dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2014 dan 2015.

Hukuman tersebut dijatuhkan Hakim Harmi Thamri Mohamad selepas tertuduh, Nazrul Idham Abu Nasir, 44 mengaku salah atas semua pertuduhan dihadapi.

Hakim menetapkan denda sebanyak RM500,000 bagi pertuduhan pertama, kedua dan keenam atau 12 bulan penjara bagi setiap pertuduhan itu, jika dia gagal membayar denda ditetapkan.

Bagi pertuduhan ketiga, keempat dan kelima, Hakim menggunapakai Take Into Consideration (TIC) di bawah Seksyen 171 A, Kanun Tatacara Jenayah.

Tertuduh bagaimanapun gagal menjelaskan denda menyebabkan dia dibawa ke Penjara Kamunting bagi menjalani hukuman.

Untuk pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh didakwa menggunakan lima invois berbeza atas nama syarikat Hatching Technology Sdn. Bhd. berkaitan urusan membekal dan menyediakan perkhidmatan pakej latihan Pusat Kecemerlangan Industri: Pembangunan Modal Insan Dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan, untuk membuat tuntutan tersebut.

Tertuduh didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu yang setiap satunya bernilai RM98,518, adalah palsu.

Pertuduhan pertama didakwa dilakukan pada 10 Mac 2015 di sebuah restoran di depan UUM, dekat Kubang Pasu.

Manakala pertuduhan kedua hingga kelima didakwa dilakukan di Pusat Kerjasama Universiti Industri (CUIC) UUM pada 17 Mac 2015, 19 Mac 2015, 21 April 2015 dan 19 Mei 2015

Dalam pertuduhan keenam pula, tertuduh didakwa dengan curangnya menggunakan borang pesanan perkhidmatan bernombor P25/14 berkaitan perkhidmatan membekal dan menyediakan pakej latihan dashboard untuk peserta program anjuran CUIC di Universiti Malaya, Kuala Lumpur bertarikh 21 Januari dan invois Hatching Technology Sdn. Bhd. berjumlah RM19,500.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 30 Januari 2014 di CUIC, UUM di Sintok.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sew Ping mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan sementara tertuduh diwakili peguam, Evawani Farisyta Mohammad dan Jamaludin Abdul Jalil.

Mengulas mengenai penghakimannya, Hakim Harmi Thamri berkata, setiap hukuman dijatuhkan perlu mengambil kira kepentingan awam yang jelas sekali melebihi kepentingan peribadi.

"Kalau hukuman sekadar ada atau setakat menjadi bahan lawak, itu bukanlah hukuman sebenar. Hukuman mesti memberi tauladan tidak hanya kepada tertuduh, malah kepada orang lain yang sedang terlibat dalam rasuah, serta mereka yang memikirkan untuk melakukan perkara sama pada masa akan datang.

"Kepentingan awam mengatasi segalanya termasuklah pertimbangan mengenai kesalahan yang dilakukan buat kali pertama. Mahkamah menjatuhkan hukuman ini atas dasar kepentingan awam dan tauladan buat semua pihak," katanya. – Getaran, 16 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

2

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

4

Semasa 3 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar