web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohd Noorazam Dilantik Datuk Bandar MBJB Baharu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 3:15PM

Mohd Noorazam Osman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Datuk Mohd Noorazam Osman dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang ke-13 berkuat kuasa hari ini.

MBJB menerusi kenyataan memaklumkan Mohd Noorazam memulakan tugasan di Menara MBJB, di sini hari ini.

“Seluruh warga kerja MBJB mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas buat Datuk Mohd Noorazam,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, KPRJ menerusi hantaran dalam laman Facebook memaklumkan bahawa Datuk Ramlee A Rahman dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ yang baharu bagi menggantikan Mohd Noorazam.

“Sekalung tahniah diucapkan di atas pelantikan beliau sebagai Datuk Bandar MBJB yang baharu. Terima kasih di atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan terhadap KPRJ,” menurut KPRJ.

Mohd Noorazam yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ pada Jun 2018 sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Johor 2020 dan Ketua Pegawai Eksekutif Sports Johor Sdn Bhd.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Kerajaan dan Dasar Awam pada 1990 dari Northumbria University, New Castle Upon Tyne, United Kingdom itu juga mempunyai pengalaman dalam tadbir urus kerajaan negeri selama hampir 27 tahun dan kerjayanya bermula pada Mei 1991 sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor.

Beliau juga memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Mersing pada 2017 dan Pegawai Daerah Kota Tinggi bermula 2013 sehinga 2017, selain menjadi Timbalan Pengarah Satu di Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor pada 2004 sehingga 2013 dan juga Pengurus Besar Syarikat Air Johor Sdn Bhd bermula 2004 sehingga 2013. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Ancaman Bom Di Menara MBJB

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Lantikan Azam Baki Bukti Perdana Menteri Tidak Amal Politik ‘Balas Dendam’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 Perlu Dikaji, Keputusan Dibuat Harus Bebas

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pulau Pinang Umum Pengganti Jawatan Datuk Bandar Minggu Depan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad