web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Sahkan Terima Laporan Ancaman Bom Di Menara MBJB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2024 5:41PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, siasatan telah dijalankan.

"Ada (laporan ancaman bom), dalam siasatan. Harap bertenang dan jangan panik.

"Keadaan terkawal, tiada terkesan objek yang mencurigakan di seluruh 22 tingkat Menara MBJB," katanya ketika dihubungi pemberita.

Sementara itu, Datuk Bandar MBJB Datuk Mohd Noorazam Osman, dalam satu kenyataan, memaklumkan ancaman bom yang diterima pihaknya adalah palsu.

"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa ancaman itu palsu dan mengesahkan Menara MBJB adalah selamat untuk beroperasi.

"Menara MBJB yang menempatkan lebih 500 kakitangan kini telah beroperasi semula mengikut waktu pejabat. Kesemua mereka telah dibenarkan untuk kembali semula ke pejabat jam 2 petang tadi," katanya.

Terdahulu, menurut Mohd Noorazam pihaknya menerima satu e-mel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu yang mendakwa dirinya bernama Takahiro Karasawa ([email protected]) pagi tadi.

Beliau berkata, susulan penerimaan e-mel tersebut, MBJB telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

"Arahan pengungsian bangunan dan berkumpul di lokasi menunggu telah dikeluarkan kepada seluruh anggota MBJB dan orang awam di Menara MBJB sekitar jam 12 tengah hari ini sehingga pemeriksaan dilaksanakan oleh pihak PDRM," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Premis Kerajaan Di JB Terima E-mel Ancaman Bom - Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PDRM Terima 37 Laporan Berhubung Ancaman Bom Palsu Di Seluruh Negara

3

Semasa 2 tahun yang lalu

9 Sekolah Antarabangsa Terima Ancaman Bom, Polis Sahkan Ancaman Palsu

4

TARA 3 tahun yang lalu

Aplikasi Tempat Letak Kereta Digital 'MBJB SPOT V2' Di Johor Bahru

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad