web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesta Kaamatan Diadakan Secara Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 8:34AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pesta Kaamatan peringkat negeri tahun ini akan diadakan secara dalam talian, sesuai dengan kebiasaan baharu bagi mengekang penularan wabak COVID-19, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata dalam mesyuarat pertama jawatankuasa sambutan Kaamatan yang dipengerusikan beliau dan diadakan secara dalam talian hari ini, jawatankuasa itu juga memutuskan tema untuk sambutan tahun ini iaitu ‘Kaamatan Aiso Wolit Montok Piompunan om Pibabasan’ (Kaamatan Tanpa Sempadan Demi Pendamaian dan Keamanan).

“Kami merasakan tema ini sesuai untuk tahun ini selepas banyak perkara berlaku terutamanya yang disebabkan oleh COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kaamatan ialah pesta menuai yang disambut setiap tahun di Sabah oleh kaum Kadazan Dusun dan juga kaum lain yang berkaitan di negeri ini pada Mei.

Jeffrey yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) berkata upacara pembukaan dan penutup sambutan itu akan diadakan di Hongkod Koisaan di Penampang dan akan disiarkan secara dalam talian.

Bagaimanapun katanya, semua daerah akan mengadakan sambutan peringkat daerah masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Terdapat juga kemungkinan keadaan berubah pada Mei nanti yang mungkin membolehkan kita mengadakan sambutan secara dalam dan luar talian serta orang ramai boleh menyertainya secara fizikal,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 22 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar