web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Negeri Tak Boleh Dikritik? 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 7:48AM

Shahanim Mohamad Yusoff

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Apakah kerajaan negeri Kedah ini tidak boleh dikritik? 

Itu persoalan dibangkitkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berhubung siasatan dijalankan pihak polis terhadap beberapa individu yang didakwa menghina dan mengaibkan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor baru-baru ini. 

Menurut Shahanim, sekiranya semua yang mengkritik pentadbiran kerajaan ditahan dan disiasat, perkara tersebut hanya menyusahkan pihak berkuasa kerana terpaksa menjalankan siasatan terhadap isu remeh, sedangkan masih banyak kes dan isu yang perlu ditangani dan diberi keutamaan.

"Adakah menjadi satu dosa kepada rakyat yang ingin meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap sesuatu perkara? Jika dilihat laman-laman media sosial hari ini, hampir setiap masa ada saja rakyat yang melahirkan rasa tidak puas hati ekoran penularan wabak COVID-19 di negara ini. 

"Oleh itu saya merayu agar semua pihak lebih prihatin terhadap nasib yang sedang melanda rakyat di negara ini," katanya. 

Setakat ini terdapat empat individu termasuk dua daripadanya yang tinggal di luar Kedah, ditahan kerana didakwa menghina dan mengaibkan Muhammad Sanusi di media sosial. 

Pada 7 Ogos lalu, Shahanim yang juga pegawai khas kepada Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menzahirkan rasa kecewa terhadap jenaka dibuat Muhammad Sanusi berhubung kontena sejuk beku yang dijadikan tempat penyimpanan mayat di negeri ini. 

Getaran difahamkan, Shahanim turut dipanggil untuk memberikan keterangan kepada pihak polis semalam, berhubung kes tersebut. 

"Saya diambil keterangan berhubung satu komen dibuat individu tertentu yang mengkritik Menteri Besar dalam status di laman Facebook saya. 

"Hingga kini, saya tak tahu apa asasnya unuk memanggil saya memberi kenyataan. Begitu pun sebagai rakyat yang akur pada undang-undang, saya tetap hadir untuk memberikan kerjasama," katanya.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memaklumkan, pihaknya memanggil Shahanim bagi membantu siasatan memandangkan komen dilakukan suspek dalam kes tersebut, dibuat pada status dimuat naik wanita berkenaan.

"Tiada kertas siasatan dibuka terhadap Shahanim sebaliknya beliau diminta memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung komen ditinggalkan individu yang sedang disiasat," katanya. - Getaran 12 Ogos 2021.

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar