web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Cium Bibir Tular, Pengasas Produk Kecantikan Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 4:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pengasas produk kecantikan memuat naik video mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki di platform media sosial akhirnya menerima padah selepas ditahan polis, petang semalam.

 Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan berhubung video berkenaan yang tular di media sosial.

Katanya, lelaki terbabit kini masih berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

 “Suspek ditahan semalam oleh Polis Kuala Lumpur dan proses merakam keterangannya masih dijalankan berdasarkan laporan orang awam yang kami terima.

 “Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

 Media sebelum ini melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu pengasas produk kecantikan terbabit selepas video yang dikaitkan dengan dirinya tersebar di media sosial.

 Antara lain video tersebut memaparkan perbuatan seorang lelaki, dipercayai suspek mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.

 Difahamkan, pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya.

 Bagaimanapun, akaun platform media sosial itu kini sudah dinyahaktif, selepas video berkenaan tular dan mendapat kecaman ramai.

Netizen yang berang dengan perbuatan suspek turut mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan perilaku itu disifatkan sebagai antara ciri-ciri sexual grooming, yang boleh menjurus kepada salah laku seksual di kemudian hari. – Getaran, 17 Februari 2021

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad