web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Tandatangan Kontrak Pemerolehan Vaksin Johnson & Johnson

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 3:40PM

Khariy bercakap pada sidang media yang diadakan secara maya di pejabatnya hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menandatangani kontrak pemerolehan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson dari Amerika Syarikat dalam masa terdekat, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata setakat ini, makluman klinikal mengenai vaksin itu amat positif dan Jemaah Menteri berdasarkan syor Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), membuat keputusan untuk membeli vaksin tersebut.

“Kita masih lagi dalam proses rundingan dan dalam masa terdekat saya difahamkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba akan tanda tangan kontrak untuk kita perolehi vaksin dari Johnson & Johnson.

“...dan selepas itu baru kita akan hantar ke Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi tujuan penilaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai penyelarasan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bertujuan menguruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, hari ini.

Beliau berkata, vaksin Johnson & Johnson merupakan vaksin satu dos.

Dalam pada itu beliau memberi jaminan bekalan vaksin COVID-19 yang merangkumi dua dos akan disimpan dengan selamat, bagi mereka yang telah menerima dos awal.

“Kita ada dasar di bawah JKJAV iaitu bila kita menerima vaksin, kita kena simpan vaksin dos kedua bagi mereka yang telah menerima vaksin sebelumnya.

“Kita ikut saranan pembekal vaksin Pfizer yang menyarankan dos kedua diberi selepas 21 hari dan kita tidak mahu mengambil pendekatan seperti United Kingdom yang melanjutkan tempoh dos kedua AstraZeneca dari sebulan ke sembilan hingga 12 minggu,” katanya.

Vaksin dua dos merangkumi vaksin dari syarikat Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac) dan CanSinoBIO, manakala vaksin satu dos daripada Sputnik V. 

Malaysia juga dijadual menerima vaksin Pfizer-BioNTech seminggu lebih awal iaitu pada 21 Feb ini.

Khairy berkata vaksin yang diterima akan disimpan di pusat simpanan vaksin di bawah seliaan KKM, dan anggota polis akan menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan vaksin berkenaan.

“Saya percaya PDRM dan ATM akan bantu bukan hanya di pusat simpanan vaksin, malah sewaktu konvoi penghantaran vaksin ke seluruh negara, memandangkan vaksin menjadi bahan yang amat bernilai sekarang,” kata Khairy.

Mengenai pemerolehan picagari ‘low dead-volume’ Khairy berkata, kerajaan telah mendapatkan jumlah picagari yang diperlukan bagi melaksanakan suntikan vaksin Pfzer-BioNTech.

“Sebahagian daripada penghantarannya telahpun dilakukan dan kita berharap untuk menerima lebih banyak penghantaran, sewaktu kita memulakan fasa pertama,” katanya.

Dr Adham dilaporkan sebagai berkata yang MOH memerlukan 12 juta picagari low dead-volume untuk menyuntik 20 peratus daripada populasi atau enam juta penerima program vaksin fasa pertama.

Beliau berkata, picagari jenis itu diperlukan dan sesuai untuk vaksin kerana ia boleh mengelakkan pembaziran dan memaksimumkan jumlah dos vaksin yang diberikan, terutamanya pada fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan masalah yang dijangkakan kerajaan ketika pelaksanaan program pemvaksinan itu, menteri itu berkata, ia mungkin di bahagian logistik di mana kerajaan mengadakan kempen ke seluruh negara.

“Kita perlu memastikan mengenai logistik terutamanya vaksin Pfizer itu perlu disimpan pada suhu negatif 70 dan 80°C secara berterusan, supaya tidak berlaku pembaziran vaksin tersebut.

“Kami telah membincangkan mengenai pergerakan logistik vaksin itu dengan banyak dan tentunya kami akan memulakannya pada 21 Feb, apabila vaksin Pfizer tiba di mana ia akan diedarkan ke seluruh negara,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad