web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


750 Petugas Kesihatan Di Kedah Positif COVID-19, Sehingga 31 Julai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 8:04AM

Seramai 750 petugas kesihatan di Kedah disahkan positif COVID-19 sejak tahun lepas hingga 31 Julai lalu. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seramai 750 petugas di kemudahan kesihatan awam atau swasta di Kedah disahkan positif COVID-19 sejak tahun 2020 hingga 31 Julai lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Othman Warijo berkata 85 kes berlaku pada tahun lepas dengan kadar insiden 0.36 peratus daripada keseluruhan petugas kesihatan di Kedah manakala bagi tahun ini sehingga 31 Julai lepas, sejumlah 665 kes dengan kadar insiden 2.83 peratus direkodkan. 

Beliau berkata kes jangkitan melibatkan pelbagai kategori petugas termasuk jururawat, pegawai dan pakar perubatan, pegawai pergigian, penolong pegawai perubatan, profesional kesihatan bersekutu, pembantu penjagaan kesihatan, pentadbiran serta perkhidmatan sokongan.

"Peningkatan kadar ini adalah selari dengan peningkatan kes yang disahkan COVID-19 di negeri ini," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Dr Othman memberi jaminan perkhidmatan kesihatan di Kedah tidak terjejas walaupun berlaku jangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan dan meminta orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard serta mengamalkan norma baharu bagi memutuskan rantaian wabak itu. 

Beliau juga berkata analisis lanjut data pada tahun ini menunjukkan petugas kesihatan yang disahkan positif COVID-19 membabitkan semua peringkat umur iaitu 20 hingga 60 tahun dengan 69 peratus daripadanya adalah wanita. 

"Analisis selanjutnya menunjukkan 99.7 peratus daripada kes sepanjang 2021 adalah bergejala ringan atau tanpa gejala dan tiada kematian berkaitan COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan dilaporkan sehingga 31 Julai 2021," katanya. 

Dr Othman berkata rekod jabatan juga menunjukkan 59 peratus daripada kes mendapat jangkitan di luar tempat kerja namun jangkitan di tempat kerja masih berlaku dan ia memerlukan penambahbaikan segera.  

"Bagi menangani isu ini, semua petugas kesihatan di sektor awam dan swasta serta para sukarelawan sering dinasihatkan, diberi latihan dan dipantau supaya mematuhi langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi di tempat kerja," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 27 minit yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 minit yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad