Berita Terkini

17 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Pengasas Rumah Bonda Mohon Dapatkan Semula Hak Jagaan 5 Anak Angkat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 9:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula lima anak angkatnya yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Siti Bainun, 29, dan empat ibu kandung anak angkatnya memfailkan permohonan itu melalui notis secara bersama di Mahkamah Majistret di sini, pada 2 Ogos lepas menerusi Tetuan Chambers of Aminahtul Mardiah dengan menamakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden.

Kesemua pemohon diwakili peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor manakala Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Noor Afdzan Mohd Sahandrigani, Asiah Bachok dan Mohd Imran Mohd Zanyuin bertindak bagi pihak responden.

Dalam permohonan itu, Siti Bainun dan empat ibu kandung anak itu memohon perintah jagaan sementara terhadap lima kanak-kanak itu yang kini diberikan kepada beberapa buah rumah jagaan di bawah JKM pada 16 Julai 2021, dibatalkan serta-merta di bawah Seksyen 30 (13) (c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Permohonan itu turut menyatakan ia adalah permintaan daripada keluarga kandung lima kanak-kanak itu yang mahu hak jagaan diberikan kepada pihak pemohon (Siti Bainun).

Sementara itu, Nur Aminahtul ketika ditemui pemberita berkata hari ini sepatutnya pendengaran permohonan itu kerana pihaknya memfailkan perakuan segera.

“Bagaimanapun, pihak JKM tidak bersedia dan mahu membalas afidavit yang difailkan pihak kami. Jadi mahkamah menetapkan satu tarikh lain (14 Sept) untuk pendengaran permohonan tersebut," katanya ketika ditemui selepas prosiding kes tersebut di hadapan Majistret Norfarahain Roslan.

Nur Aminahtul berkata lima anak jagaan yang dituntut itu berusia antara dua hingga 16 tahun yang kesemuanya sebelum ini di bawah jagaan Siti Bainun dengan dua daripadanya adalah Sindrom Down.

“Pihak kami juga telah membuat permohonan interim untuk Siti Bainun mendapatkan akses kepada lima anak ini kerana beliau tidak pernah diberi akses kepada mereka  sejak diambil pihak JKM pada 16 Julai lepas. 

“Pada hari ini, mahkamah telah mengeluarkan perintah untuk membenarkan Siti Bainun mengakses lima anak angkatnya melalui panggilan video, penghantaran lampin pakai buang, susu untuk anak Sindrom Down dan peranti untuk dua anak yang bersekolah bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya.

Pada pertengahan Julai lepas, media melaporkan seorang wanita yang juga pengasas Rumah Bonda ditahan polis selepas hadir di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU).

Polis juga memohon supaya wanita itu ditahan reman bagi membantu siasatan kes itu, bagaimanapun Mahkamah Majistret menolak permohonan tersebut berikutan ia dilakukan melebihi tempoh 24 jam dari wanita itu ditahan. - Bernama

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Peribadi Ditembak Di KLIA Sudah Sedar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Kuantan Ada Masalah Kesihatan – Polis

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin Tidak Layak Beri Kenyataan Selagi Gagal Bantu Panggil Menantu Hadapi Tuduhan Pecah Amanah – Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Jurutera Awam Dituduh Bersubahat, Babitkan Penipuan Pembayaran Hampir RM20,000

oleh Rafisqi Radhi