Berita Terkini

56 minit yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Tiada Bukti Serangan Hendap Di Narathiwat, Dilakukan Dari Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 3:48PM

Anggota Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) membuat kawalan keselamatan di Pos Pengkalan Pulau, Rantau Panjang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis Kelantan memperketatkan kawalan di sempadan negara susulan insiden serangan ke atas Pos Operasi Tempur Kompeni Renjer Thailand di sebuah pos kawalan di Tak Bai, Narathiwat awal pagi semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ia termasuk siasatan di pangkalan haram Ikan Kering di Rantau Panjang, yang didakwa digunakan pemisah Thailand untuk melancarkan serangan terbabit.

Menurut beliau, pihaknya turut menafikan dakwaan bahawa serangan itu dilancarkan dari tebing sebuah sungai di Malaysia.

“Dakwaan tersebut tidak mempunyai asas yang kukuh, malah tiada bukti dilkemukakan tentera Thailand dalam perkara ini.

“Kita sudah menjalankan siasatan di lokasi namun tidak menemui 
sebarang bentuk bukti iaitu kelongsong peluru dan kesan tembakan di lokasi berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Shafien berkata, jarak lokasi kejadian di antara pos tentera Thailand dengan pangkalan Ikan Kering itu hanya sekitar 40 meter.

“Impak serangan iaitu bunyi tembakan dan letupan bom didengari di beberapa kampung di sebelah Malaysia iaitu Kampung Kubang Pak Itam, Kampung Meranti, Kampung Bakong dan Kampung Jeram Perdah.

"Kejadian itu dipercayai berlaku selama 45 minit dan meragut nyawa seorang anggota renjer serta mencederakan empat yang lain,” katanya.

Media semalam melaporkan, seorang anggota renjer maut manakala empat lagi parah dalam satu serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah pos kawalan di Tak Bai, Narathiwat pada jam 2.20 pagi  (waktu tempatan).

Komander Tentera Bahagian Ke-4m Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu melontar sekurang-kurangnya 10 butir bom paip dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah pos kawalan itu yang dikawal lapan anggota renjer. – Getaran, 4 Ogos 2021

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa 18 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

oleh Rafisqi Radhi