web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Ditangkap, Baling Bom Botol Angkara Cemburu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 8:14AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang pemandu lori ditahan kerana melakukan perbuatan khianat dengan membaling satu bom botol atau ‘molotov cocktail’ di halaman sebuah rumah dipercayai akibat cemburu di Taman Melaka Baru di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Taman Bachang Utama pada jam 10 malam iaitu kira-kira empat jam selepas suspek melakukan perbuatan tersebut.

Beliau berkata tindakan suspek itu menyebabkan rak kasut dan bahagian bumbung kereta milik mangsa yang diparkir di hadapan rumah terbakar namun mangsa sempat memadam api berkenaan.

"Ketika kejadian, mangsa lelaki yang bekerja sebagai tukang cat berusia 49 tahun berada di dalam rumahnya sebelum mendengar bunyi letupan kuat di bahagian hadapan rumah sebelum keluar dan mendapati satu botol mengandungi minyak dipercayai petrol dibakar dan meletup di halaman rumahnya.

"Mangsa sempat memadam kebakaran itu dan melihat suspek melarikan diri dengan menaiki kereta yang diparkir berhampiran rumah mangsa,''. katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati perbuatan khianat yang dilakukkan suspek itu dipercayai akibat cemburu dan merasa tidak berpuas hati dengan mangsa yang bercinta dengan bekas kekasihnya yang kini tinggal di rumah mangsa.

Katanya, wanita berusia 46 tahun itu yang merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat agensi pelancongan pernah bercinta dengan suspek selama enam bulan sebelum putus.

Afzanizar berkata suspek direman lima hari hingga 20 Feb ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 52 minit yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad