web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zahid Akui Persembah Surat Akuan, Tarik Semula Sokongan UMNO

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 6:46PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui mempersembahkan Surat Akuan Ahli Parlimen UMNO yang mencukupi kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Ahmad Zahid, tindakan itu diambil bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri sekali gus menunjukkan bahawa kepimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan.

"Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini membuat ketetapan untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Mahiaddin (Muhyiddin) Yassin yang ternyata gagal di mata rakyat selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian selepas tamat mempengerusikan Mesyuarat MKT UMNO secara maya hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Muhyiddin perlu mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan secara terhormat, atas kegagalan dan keingkaran kerajaan pimpinan beliau yang menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, kenyataan terbaharu Perdana Menteri hari ini tidak menjernihkan keadaan sebaliknya menyerlahkan kekhilafan kerajaan yang jelas mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

"Malah (beliau) mempersendakan baginda, yang hakikatnya sudah beberapa kali menitahkan untuk semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos lagi bukan September 2021, sejajar dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong maka, Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersepakat untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Mahiaddin Yasin selaku Perdana Menteri," katanya. - Getaran, 3 Ogos 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 4 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad