web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perangi JOL, Polis Johor Potong Elektrik, Batalkan Lesen Premis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 4:34PM

Ayob Khan menunjukkan barang rampasan daripada serbuan yang dijalankan. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Berang dengan modus operandi judi atas talian (JOL) yang sering berubah, Polis Johor nekad mengambil tindakan memotong bekalan elektrik dan membatalkan lesen perniagaan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi bersepadu Op Dadu Khas itu dijalankan bermula 15 hingga 31 Julai lalu, bagi memberi tumpuan terhadap mana-mana aktiviti JOL. 

Beliau berkata, operasi itu dijalankan di semua daerah dengan menyerbu semua premis rumah kedai yang disyaki terbabit menganjurkan aktiviti JOL. 

“Dalam operasi ini, sebanyak 90 premis diserbu dan diperiksa, manakala 118 orang ditahan terdiri daripada 99 penjaga premis perjudian, manakala baki 19 lagi adalah pemain yang berusia antara 19 hingga 58 tahun. 

“Kita juga merampas 125 unit telefon bimbit pelbagai jenama, satu komputer, satu tablet dan wang tunai RM20,184,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini. 

Menurut Ayob Khan, pihaknya turut membuat 146 permohonan pemotongan bekalan elektrik kepada TNB, dengan 46 daripadanya berjaya dilaksanakan.

“Sebanyak 137 permohonan pembatalan lesen perniagaan dibuat kepada PBT dan empat darinya sudah dibatalkan.

“Semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, manakala tindakan pemotongan elektrik oleh kakitangan TNB pula mengikut Seksyen 38(1A) Akta Bekalan Elektrik 1990 (pindaan 2001),” jelasnya. 

Mengulas lanjut beliau berkata, aktiviti JOL ini membabitkan lebih lima sindiket yang beroperasi di premis berasingan. 

“Bayangkan dalam satu taman di daerah berkaitan, ada 10 premis JOL ini dan Johor Bahru Selatan mencatatkan bilangan tertinggi.

“Modus operandi mereka ini berubah-ubah. Jika sebelum ini, kita buat serbuan di satu premis, mereka yang bermain JOL ini berada di situ tapi sekarang, (apabila) kita serbu satu premis, yang bermainnya ramai tetapi di merata tempat menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Ayob berkata, maklumat terbaru diterima menyatakan, individu yang tugasnya menambah nilai pula berada di lokasi lain.

“Sekarang kita mahu pastikan semua kegiatan ini tumpas. Sebab itu kita perlukan kerjasama TNB dan PBT kerana dulu, apabila diserbu jam 9 pagi, dua jam selepas itu mereka sudah beroperasi semula. 

“JOL ini majoriti yang terlibat adalah orang tempatan, penjawat awam dan pelajar sekolah. Itu yang membimbangkan kita,” katanya. 

Ayob Khan menarik perhatian, Polis Johor membuat 525 serbuan dan menahan 705 individu terdiri daripada 549 penjaga premis dan 156 pemain bermula 1 Januari lalu hingga kelmarin.

Katanya, mereka turut merampas 833 telefon bimbit pelbagai jenama serta dua komputer, dua tablet dan wang tunai RM235,315. 

“Tindakan pemotongan elektrik dalam tempoh itu pula diambil ke atas 74 premis, daripada 244 permohonan yang dikemukakan kepada pihak TNB. 

“Manakala, bagi pembatalan lesen premis perniagaan pula, sebanyak 224 permohonan dikemukakan kepada PBT tetapi hanya sembilan sahaja yang diluluskan,” katanya. - Getaran, 2 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan