web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saringan Sejarah Kesihatan Akan Dilakukan Sebelum Suntikan Vaksin Diberikan - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 2:30PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Saringan sejarah kesihatan dan alahan individu akan dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan kesesuaian menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Mereka yang tidak sesuai, tidak diberi suntikan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata selepas seseorang diberi suntikan vaksin, pemantauan akan dibuat selama 15 hingga 30 minit di pusat pemberian vaksin, sebelum mereka dibenarkan pulang, bagi memastikan tiada reaksi alahan yang serius berlaku sejurus menerima suntikan.

Beliau berkata vaksin berkenaan mungkin mempunyai kesan sampingan ringan seperti bengkak di tempat suntikan, namun kesan seperti itu dipercayai akan pulih dengan sendiri.

Mengambil perkembangan negara-negara lain yang telah melaksanakan program vaksinasi COVID-19 dengan selamat, beliau berharap tidak berlaku perkara luar biasa di Malaysia yang memerlukan kerajaan mengkaji semula perkara berhubung program vaksinasi berkenaan.

"Jadi kita harap dengan keadaan yang diperhatikan berlaku di banyak negara, maka demikian juga diharap berlaku di Malaysia. Seperti mana saya telah melawat Indonesia dan berjumpa dengan Jokowi (Presiden Indonesia Joko Widodo) yang sudah menerima vaksin, (beliau) nampak sihat," katanya.

Bagaimanapun, katanya kerajaan akan memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin berkenaan untuk memastikan program imunisasi itu boleh diteruskan sehingga satu peringkat semua rakyat  yang layak menerima vaksin berkenaan.

Ditanya mengenai sasaran 80 peratus penduduk di negara ini menerima vaksin COVID-19 memandangkan ramai yang meragui keberkesanannya, Muhyiddin berkata kerajaan tidak akan mewajibkan pengambilan vaksin itu seperti yang dilaksanakan di negara-negara lain.

"Orang ramai perlu memahami bahawa mereka akan menghadapi kesulitan dalam jangka panjang termasuk larangan perjalanan kerana kebanyakan negara mungkin melarang orang yang tidak divaksin masuk (ke negara mereka).

"Sekiranya anda tidak divaksin, mungkin ada kekangan untuk bergerak ke sana sini," katanya.

Muhyiddin berkata kejayaan program imunisasi penting kepada ekonomi kerana sektor tertentu seperti pelancongan dapat beroperasi semula. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 22 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad