Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mohd Hafarizam Bebas Tuduhan Gubah Wang Haram RM15 juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 12:18PM

Mohd Hafarizam Harun - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penasihat Undang-Undang UMNO Datuk Mohd Hafarizam Harun, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, yang didakwa diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian, selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik ketiga-ketiga pertuduhan terhadap Mohd Hafarizam, selepas beliau bersetuju untuk kesemua kesnya dikompaun.

“Berdasarkan permohonan dari timbalan pendakwa raya dan kompaun yang telah dijelaskan dalam kes ini, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada ketiga-tiga pertuduhan. Wang jaminan (RM200,000) dipulangkan,” kata Suzana.

Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mohd Hafarizam memaklumkan, bahawa kompaun yang ditawarkan pihak pendakwaan telah dijelaskan, dan memohon supaya anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan.

“Berdasarkan kepada prinsip bahawa kompaun tidak boleh ‘stand together’ dengan pertuduhan, ini bermakna kesalahan yang dilakukan telah diselesaikan secara kompaun. Apabila kompaun telah dijelaskan pertuduhan baharu tidak boleh dikenakan, oleh itu saya mohon mahkamah supaya anak guam saya dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.

Ishak tidak membantah permohonan peguam itu. Hari ini kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes. 

Sebelum ini mahkamah menetapkan 12 Ogos depan untuk perbicaraan kes berkenaan.

Sementara itu, Hasnal Rezua ketika ditemui pemberita berkata kompaun berjumlah RM590,587.26 telah dijelaskan anak guamnya semalam.

Mohd Hafarizam, 49, pula berkata beliau berterima kasih kepada Peguam Negara  Tan Sri Idrus Harun, yang telah bersetuju untuk menarik balik pertuduhan terhadapnya dan mahkamah yang telah melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan itu.

“Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana pada akhirnya saya dapat meneruskan hidup saya sebagai 'free man'. Pertuduhan ini memberi kesan amat besar ke atas kehidupan, keluarga dan profesion saya,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Hafarizam didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM7.5 juta, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib bertarikh 16 April 2014, yang dimasukkan ke dalam akaun firma guamannya, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Peguam itu yang mewakili Najib dalam beberapa kes saman sivilnya, didakwa melakukan perbuatan tersebut di CIMB Bank Berhad, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail di sini, pada 17 April 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Mohd Hafarizam didakwa menerima wang berjumlah RM4 juta dan RM3.5 juta, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib bertarikh 7 Nov 2014 dan 21 Jan 2015, yang dimasukkan ke dalam akaun firma guaman sama.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu antara 12 Nov 2014 dan 12 Feb 2015 di tempat sama, mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 3 Ogos tahun lepas, Mohd Hafarizam dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, namun pada hari yang sama dia didakwa semula atas tiga pertuduhan itu membabitkan nilai sama. - Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 14 jam yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

oleh Diyana Nawwar

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy