Berita Terkini

3 hari yang lalu: Lebih 10,000 unit Residensi MADANI dan Wilayah disasar dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini - Dr Zaliha 3 hari yang lalu: Kerajaan teliti secara terperinci sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026- PM 2 minggu yang lalu: Kadar zakat fitrah bagi Terengganu ditetapkan RM10, RM22 seorang tahun ini - MAIDAM 2 minggu yang lalu: Zakat fitrah bagi negeri Sabah ditetapkan RM7.50 seorang tahun ini - MUIS 2 minggu yang lalu: Sebuah helikopter terhempas di Kuala Selangor pagi tadi - APMM

IKUTI KAMI


‘Score For Tigers’ Bantu Usaha Selamatkan Harimau Malaya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 1:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Serentak dengan pelancaran Hari Harimau Sedunia, Tabung Alam Malaysia (WWF-Malaysia) bersama Maybank menganjurkan cabaran ‘Score For Tigers’ sebagai satu usaha menyelamatkan Harimau Malaya yang kini berada di ambang kepupusan.

Cabaran ini akan diadakan selama sebulan di platform media sosial TikTok untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan bertindak segera dalam mengatasi krisis kepupusan Harimau Malaya.

Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WWF-Malaysia, Sophia Lim, aktiviti ini adalah simbolik kepada usaha mempertahankan spesies ikonik negara.

“Untuk menyertai cabaran ini, para peserta harus menimang bola sebanyak mungkin dan memuat naik video ke semua platform media sosial mereka. Sebelas penyertaan dengan jumlah ‘likes’ terbanyak akan memenangi jersi rasmi ‘Score For Tigers’.

“Kami berharap peminat bola sepak Malaysia akan menunjukkan semangat yang sama terhadap usaha menyelamatkan Harimau Malaya. Marilah berganding bahu dan bersama-sama bertindak untuk memulihara spesies ini,” katanya di sini.

Cabaran tersebut turut dimeriahkan dengan penyertaan artis dan personaliti tempatan dari pasukan bola sepak kebangsaan Harimau Malaya, antaranya Asyraf Nasir, Armani Kowachee, Theeban G, Rod Monteiro, Calista Leah Liew, Jeremy Teo, Syiera Eyya dan Christine Das.

Sophia berkata, kerjasama antara kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rakan korporat dan masyarakat orang asli telah berhasil mengurangkan aktiviti pemburuan haram di Kompleks Hutan Belum-Temengor.

“Kita harus meningkatkan usaha ini di setiap peringkat dan di seluruh negara.

“Kerajaan telah meluluskan pelan tindakan krisis nasional yang akan menggunakan pendekatan secara keseluruhan bagi mengelak kepupusan Harimau Malaya,” ujarnya.

Sementara itu, oleh Ketua Pegawai Kelestarian Maybank, Shahril Azuar Jimin berkata, semua badan korporat perlu memainkan peranan penting dalam usaha pemuliharaan harimau.

“Kita kini berada di saat genting kerana mungkin akan kehilangan seluruh populasi harimau dalam masa beberapa tahun lagi.

“Maybank telah bekerjasama dengan WWF-Malaysia sejak tahun 2016 untuk melindungi haiwan agung ini dan jika kita ingin melihat populasi harimau meningkat, kita harus tabah meneruskan usaha pemuliharaan,” katanya.

Shahril Azuar berkata, pelan M25 di bawah piagam kelestarian dan kepelbagaian biologi adalah antara keutamaan Maybank dan membuktikan komitmen mereka dalam memulihara Harimau Malaya.

 “Cabaran Score for Tigers berakhir pada 30 Ogos nanti dan orang ramai yang ingin maklumat lanjut mengenai penyertaan boleh layari wwf.org.my/scorefortigers,” katanya.- Getaran 29 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Wanita Orang Asli Berjaya Bina Rumah Hasil Jualan Di TikTok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Pemilikan Akaun Kanak-Kanak Bawah Umur Akan Dibincang Dengan TikTok - Fahmi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ancam Keselamatan PM, Pemandu Lori Dipenjara 6 Bulan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bukit Aman Siasat Pengguna TikTok Tawar RM5 Juta Bunuh PM

Sorotan

1

Cloud KBS Digodam, Hannah Sahkan Tiada Ketirisan Data

2

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 5 Hakim

3

Kebakaran Hutan Di Bukit Broga Berjaya Dipadamkan

4

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

5

Putin Dahului Pilihan Raya Presiden Rusia

6

Cukai Perkhidmatan: Tiada Kenaikan Tambang Feri, Penginapan Di Marina Island

7

Syarat Hamas Dalam Cadangan Gencatan Senjata Di Gaza, Realistik

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

31,726 Rakyat Palestin Terkorban Sejak 7 Oktober

Semasa 1 hari yang lalu

Kemarau: Papar Perlu 7 JLH Bekalan Air Tampung Keperluan Penduduk

Semasa 21 jam yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

Semasa 21 jam yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang