Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pendakwaan, Pembelaan Mohon Bicara Kes Najib Berkaitan Dana SRC RM27 Juta Ditangguh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 6:09PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta memohon supaya perbicaraan kes tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan bekas perdana menteri itu berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC di Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas prosiding pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini.

“Kes SRC RM27 juta telah ditetapkan untuk bicara bermula 2 hingga 9 Ogos ini tetapi memandangkan Mahkamah Rayuan masih belum memberi keputusan berhubung rayuan kes SRC RM42 juta, kami perlu memohon penangguhan perbicaraan kes di mahkamah ini sementara menunggu keputusan rayuan itu yang berkemungkinan akan dirayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Oleh itu, penangguhan kes SRC RM27 juta ini perlu kerana bukti di dalam kes ini saling berkaitan dengan kes SRC RM42 juta dan ia turut membabitkan jejak wang yang sama,” katanya.

Beliau berkata Mohamed Zaini telah mengarahkan kedua-dua pihak menulis surat kepada mahkamah hari ini bagi memohon penangguhan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bermula pada Isnin depan (2 Ogos) dan pendakwaan juga akan meminta agar tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan pada Ogos tahun ini serta Mac dan April 2022 dilapangkan.

Peguam Rahmat Hazlan, yang mewakili Najib, ketika dihubungi turut mengesahkan permohonan penangguhan perbicaraan kes SRC RM27 juta itu.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang mendakwa beliau menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut  Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen namun kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 atas permohonan pihak pendakwaan.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Najib mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan yang kemudian mendengar kes tersebut pada  5 April hingga 18 Mei lepas dan menangguhkan keputusan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

2

Semasa 13 jam yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket