web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hartal Doktor Kontrak Tidak Berlaku Di HTAA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 10:17PM

Dr Rahimah Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seramai 78 doktor dan kakitangan kontrak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), dekat sini, tidak terbabit dalam gerakan protes Hartal Doktor Kontrak yang dirancang di seluruh negara, pagi tadi. 

Sebaliknya, tinjauan sejak jam 10 pagi di perkarangan HTAA mendapati, urusan orang ramai terutamanya pesakit berjalan seperti biasa. 

Walaupun HTAA adalah antara lokasi dicadangkan, tidak ada sebarang pergerakan membabitkan petugas dikesan selepas jam 11 lagi, walaupun semuanya sudah dirancang penganjur.

Berdasarkan surat disebarkan melalui media sosial sejak malam tadi, protes itu dianjurkan kumpulan menggelarkan diri mereka sebagai Hartal Doktor Kontrak, menggunakan pautan hartaldoktorkontrak.com yang meminta semua kakitangan kontrak, terutamanya doktor melakukan pergerakan keluar dari perkarangan hospital bermula jam 11 pagi. 

Selain HTAA, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh turut disenaraikan sebagai lokasi gerakan protes itu bagi negeri Pahang. 

Sementara itu, Pengarah HTAA, Dr Rahimah Ibrahim ketika ditemui media di perkarangan Pusat Rawatan Harian hospital berkata, semua kakitangan kontrak di HTAA memberi tumpuan kepada urusan merawat pesakit dan tidak terbabit secara langsung dengan protes berkenaan. 

"Mereka (kakitangan kontrak) menjalankan tugasan seperti biasa dan saya percaya, golongan berkenaan lebih memilih untuk memberi keutamaan kepada pesakit, terutamanya dalam situasi semasa ketika ini. 

"Saya rasa mereka (kakitangan kontrak) sudah mendengar penjelasan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan memahami bahawa kerajaan (Persekutuan) mendengar keluhan yang disuarakan,” katanya.

Kerajaan juga katanya, sedang meneliti langkah bersesuaian untuk mengatasi isu doktor dan kakitangan kontrak, justeru keutamaan ketika ini adalah memberikan perkhidmatan (rawatan), bukan terbabit dalam mogok.

 “HTAA mempunyai 3,400 doktor, jururawat dan petugas sokongan yang lain manakala 2.3 peratus daripadanya adalah kakitangan berstatus kontrak,” katanya. 

Gerakan protes itu dirancang susulan kerajaan Perikatan Nasional didakwa gagal memenuhi tuntutan kumpulan doktor kontrak dalam perkhidmatan ketika ini. 

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui akaun Facebook rasmi miliknya merayu supaya doktor kontrak tidak meneruskan hasrat mereka mengadakan gerakan mogok berkenaan. - Getaran, 26 Julai 2021


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ungu, Ratu Rock Ella Bakal Bersatu Dalam Satu Konsert

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Bayi Baru Lahir Ditemukan Dengan Kesan Gigitan Serangga

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Berbuka Puasa Di Padang MBK1 Bersama Rakyat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Lelaki Serang Imam Ketika Solat Subuh Ditahan

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad