web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: 17,405 Kes Baharu, Kumulatif Kes Cecah Angka Sejuta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 4:51PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumulatif kes COVID-19 di negara kini mencecah angka sejuta dengan 1,013,438 kes, apabila sebanyak 17,045 kes jangkitan baharu wabak itu dilaporkan hari ini.

Jumlah kes baharu yang dilaporkan itu juga, merupakan yang tertinggi pernah direkodkan negara sejak pandemik itu melanda Malaysia Mac tahun lepas, mengatasi 15,902 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Facebook berkata, Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 8,500 kes dan Kuala Lumpur turut merekodkan kes empat angka dengan 2,045 kes, manakala Kedah 1,216 kes.

Johor mencatatkan 950 kes, diikuti Sabah (818), Perak (609), Pulau Pinang (573), Negeri Sembilan (513), Pahang (424), Sarawak (407), Melaka (370), Terengganu (273), Kelantan (266), Putrajaya (50), Labuan (21) dan Perlis (10).

Sementara itu, dalam kenyataan rasminya Dr Noor Hisham memaklumkan, perincian kes baharu hari ini merangkumi 17,039 kes tempatan dan enam kes import.

Menurutnya, daripada 17,045 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 187 kes adalah daripada kategori lima (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 124 kes kategori empat (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 122 kes kategori tiga (radang paru-paru), 7,489 kes kategori dua (bergejala ringan), dan 9,123 kes kategori satu (tidak bergejala).

“Keseluruhannya, 2.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori tiga, empat dan lima semasa baru didiagnos, di mana ia berjumlah 433 kes yang perlu ditempatkan di hospital merawat COVID-19, yang semakin penuh dan sesak.

“Oleh itu masyarakat diseru untuk terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), elakkan perhimpunan terutama di tempat yang sempit dan kurang pengudaraan, serta segera dapatkan janji temu vaksin COVID-19 agar dilindungi bahaya COVID-19,” katanya.

Selain itu, beliau berkata dalam tempoh sama, kes sembuh juga mencatatkan angka tertinggi dengan 9,683 menjadikan jumlah keseluruhan individu pulih daripada wabak itu kini 844,541.

Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 160,903, manakala kes yang sedang dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 970, termasuk 501 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 92 kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah korban wabak itu di Malaysia mencecah 7,994 orang.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data setakat semalam, nilai kadar kebolehjangkitan (RT) Malaysia adalah sebanyak 1.11, manakala negeri yang mencatatkan nilai RT paling tinggi adalah Terengganu dengan 1.36, diikuti Kelantan (1.29) dan Kedah (1.23).

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat 34 kluster baharu dikesan melibatkan 18 kluster di tempat kerja, 15 kluster membabitkan komuniti serta satu kluster berkaitan kumpulan berisiko tinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad