web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bakal Didakwa Di Mahkamah, Syed Saddiq Tak Gentar Ugutan PN

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 10:34PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan berdepan pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok, atas kesalahan pecah amanah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar itu dijangka dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 9 pagi.

Sumber memberitahu Getaran, dakwaan berkenaan mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan dana parti politik berjumlah hampir RM1 juta.

Menurut sumber lagi, beliau bakal didakwa mengikut Seksyen 403 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Syed Saddiq juga dijangka berdepan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, ugutan untuk didakwa di mahkamah sudah diterima lebih setahun lalu, hanya kerana keengganan menyertai barisan pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

“Setiap kali ada undian penting di Parlimen, ugutan akan datang. Julai, Disember, Januari dan kini seminggu sebelum Parlimen bersidang.

“Berani kerana benar, saya tidak akan sekali-kali menjual jiwa dan pendirian kepada PN,” tegasnya.

Tanpa sebarang riak gentar beliau menegaskan, momen seperti ini adalah peringatan terhadap tujuan sebenar pembabitannya dalam kancah politik negara.

“Kebenaran pasti akan terbukti. Saya lebih rela masuk mahkamah dari masuk PN. Esok pada 8.30 pagi saya akan ke mahkamah untuk diadili dan pada (jam) 8 malam, saya akan adakan sidang live untuk pendedahan lanjut,” katanya. – Getaran, 21 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 3 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran