web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kompaun Peserta #KeluardanLawan Bukti Pilih Kasih Pihak Berkuasa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 3:51PM

Asraf Sharafi (depan kiri) dan Mohammad Alshatri Abdullah bersama peguamnya selepas dikompaun di IPD Dang Wangi hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengkritik tindakan pihak berkuasa atas kompaun RM2,000 dikenakan kepada peserta protes #KeluardanLawan yang membuktikan layanan dua darjat terhadap golongan rakyat dan ahli politik.

Menurut jurucakap parti, pihaknya berdiri teguh bersama protes yang dilaksanakan di Dataran Merdeka semalam.

Katanya, peserta protes mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) kesihatan ditetapkan dan bersuara mewakili rakyat terhadap kerajaan yang gagal.

“Tidak sampai 24 jam, peserta dipanggil pihak polis dan di kompaun RM2,000. Malangnya, layanan dua darjat jelas terlihat dari kesalahan-kesalahan menteri dan ahli politik.

“Antaranya, polis ambil masa berminggu-minggu untuk kompaun Menteri Besar Kedah, polis (perlu) rujuk Jabatan Peguam Negara untuk siasatan kes Menteri (Wilayah Persekutuan, Tan Sri) Annuar Musa, polis buka kertas siasatan untuk siasat kesalahan menteri,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, menteri dan ahli politik juga bebas menghadiri pesta durian tanpa hukuman, malah dibenarkan melakukan jelajah pilihan raya sewaktu pandemik.

Pada jam 9 pagi tadi, tiga individu dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung penganjuran perhimpunan di Dataran Merdeka, semalam.

Mereka terdiri daripada Pegawai Program Bersih 2.0, Asraf Sharafi, Senior Koordinator SUARAM, Mohammad Alshatri dan pemuisi, Taufiq Azhar atau lebih dikenali sebagai Tulangkata.

Sementara itu, pengurus Tulangkata, Faisal Mustaffa, berkata Taufiq turun bersama di Dataran Merdeka semalam atas kapasiti individu tanpa mewakili mana-mana organisasi atau parti politik.

“Beliau turun dengan menyumbangkan puisi ‘Suara Dari Pusara’ karya Usman Awang kerana merasakan nukilan itu sangat bertepatan dengan senario semasa di tanah air.

“Bagaimanapun, beliau sudah dibebaskan pagi ini selepas memberi keterangan selama sejam di IPD Dang Wangi,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Faisal, Tulangkata kemudiannya ditahan dan dipindahkan ke IPD Brickfields untuk siasatan berhubung satu kes lain.

“Buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan butiran itu kerana saya belum dapat kepastian berhubung penahanan terbaru ini,” katanya. - Getaran, 18 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Mahasiswa Terkesan Polisi Hutang Perlu Hubungi Jabatan Bendahari - UM

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ribuan Meriahkan Keretapi Sarong 2023, Semai Semangat Patriotik Sempena Hari Malaysia

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran