web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengusaha Kedai Emas Rayu Kebenaran Beroperasi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 12:59PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Selepas kira-kira empat bulan premis mereka tidak dibenarkan beroperasi, pengusaha kedai emas merayu agar kerajaan mempertimbangkan kebenaran untuk membuka perniagaan mereka.

Bukan sahaja mereka perlu menanggung kos sewa premis walaupun kedai ditutup, lebih merisaukan pemilik kedai emas ialah nasib pekerja mereka yang mungkin kehilangan sumber pendapatan jika perniagaan tidak dibenarkan beroperasi untuk tempoh lebih lama.

Luahan itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood ketika ditemui Getaran hari ini.

“Kita tidak ada masalah untuk mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan sebelum ini, ketika kedai emas dibenarkan beroperasi, belum ada laporan mengenai tercetusnya kluster membabitkan premis menjual barangan kemas.

“Sudah lebih empat bulan kami tidak dibenarkan membuka perniagaan, sedangkan sewa kedai dan gaji pekerja masih perlu kami langsaikan. Jika perkara ini (larangan operasi) diteruskan untuk tempoh lebih panjang, saya bimbang kebanyakan pengusaha tidak lagi mampu menanggung kos operasi setiap bulan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood.
Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood.

Walaupun penularan pandemik COVID-19 masih berterusan, Mohd Faizuddin berpendapat kebenaran operasi kedai emas tidak akan mengakibatkan berlakunya peningkatan kes berkenaan.

“Memang kita boleh terus beroperasi dengan menawarkan barang kemas secara dalam talian, namun kita kena faham, sifat atau perasaan untuk membeli gelang tangan, rantai atau cincin emas ini berbeza daripada pembelian barangan lain.

“Pelanggan perlu melihat sendiri di depan mata, memegang dan mencuba (pakai) barangan kemas sebelum membuat keputusan untuk membeli produk disukai,” katanya.

Situasi itu jelas Mohd Faizuddin, amat berbeza jika pembelian dilakukan dalam talian, malah ada kemungkinan berlaku penipuan jika pelanggan tersilap pilih dan terjebak dengan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau yang bertanggungjawab mengendalikan empat cawangan kedai emas Makmur Gold, iaitu anak syarikat Koperasi Makmur Malaysia Berhad (KO-MAKMUR) berharap rayuan pengusaha kedai emas didengari dan diberi perhatian oleh kerajaan.

Katanya, seramai kira-kira 200,000 pelanggan setia premis diusahakannya juga sangat menantikan pembukaan semula operasi kedai emas Makmur Gold yang sentiasa menawarkan pelbagai produk pada harga paling kompetitif.

“Buat masa ini kami memiliki empat cawangan di Kuantan, Pahang; Gong Badak, Terengganu; Tunjong, Kelantan dan Bangi, Selangor.

“Semuanya tidak dapat dibuka (beroperasi) sejak awal tahun ini kerana PKP, tetapi sewa kedai, bil utiliti dan gaji pekerja perlu dibayar seperti biasa, setiap bulan.

“Kami berharap sangat kerajaan dapat pertimbangkan perkara ini, kerana ia bukan sahaja membabitkan nasib pengusaha (kedai emas) tapi paling utama ialah nasib pekerja kami,” katanya. - Getaran, 18 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 6 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar