web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Miskin Digital, Cabaran Sejagat Era Pandemik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 7:13AM

Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin terpaksa memanjat pokok hanya untuk mendapatkan akses internet bagi menjawab peperiksaan. - Tangkap layar dari YouTube

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sama ada bersedia atau tidak, penularan COVID-19 yang membelenggu negara sejak awal tahun lalu menuntut pelbagai perubahan dalam aspek kehidupan masyarakat.

Perubahan itu turut menyaksikan urusan seharian seperti pekerjaan, pendidikan, perbankan dan perniagaan perlu dilakukan secara digital atau atas talian dengan menggunakan peranti pintar serta akses internet yang disulami pengetahuan teknologi.

Kaedah secara atas talian itu bukan sahaja bertujuan mengehadkan pergerakan dan mengurangkan risiko jangkitan pandemik terbabit, tetapi juga memastikan keperluan semasa tetap berjalan lancar.

Namun, di sebalik penerapan norma baharu dalam kehidupan sejagat khususnya di era pandemik, tercetus terma ‘miskin digital’ dalam pelbagai peringkat masyarakat.

Apakah makna miskin digital?

Adakah ia membawa pengertian seseorang yang kurang bijak mengendalikan teknologi digital, tidak memiliki kemampuan kewangan atau tiada kemudahan peranti?

Mengulas isu miskin digital kepada Getaran, Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Putra Infoport, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Ismi Arif Ismail mendefinisikan istilah terbabit kepada dua takrifan.

Profesor Dr Ismi Arif Ismail
Profesor Dr Ismi Arif Ismail

Katanya, miskin digital boleh diertikan sebagai kekurangan kemampuan memiliki peralatan berteknologi tinggi dan kekurangan akses internet yang menghalang penggunaan peralatan digital walaupun mampu disediakan.

Contoh boleh difahami secara muda jelasnya, seperti kisah seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin dari Kampung Sapatalang, Pitas, Kudat, Sabah yang terpaksa memanjat pokok hanya untuk mendapatkan akses internet bagi menjawab peperiksaan.

Selain itu, katanya, ia turut terpapar pada kisah pengorbanan guru dan 22 pelajar sekolah yang mengambil risiko dengan meredah hutan tebal selama 45 minit serta mendaki bukit selama 1 jam 45 minit bagi mendapatkan akses internet di kawasan Lubok Antu, Sarawak.

“Ada akhbar pula melaporkan seramai 1.7 juta pelajar tidak mempunyai peranti khusus, sama ada telefon pintar, tablet atau komputer, yang menjadi pra-syarat untuk membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

“Semua kisah dan laporan saya rujuk ini adalah contoh miskin digital yang dapat difahami serta dilihat dalam kalangan masyarakat kita,” katanya.

Ismi Arif berkata, ciri-ciri masyarakat yang berdepan miskin digital ini adalah apabila tidak berkemampuan untuk membeli peranti digital seperti telefon pintar dan komputer atas faktor masalah kewangan.

Golongan itu juga, katanya, mempunyai peranti digital tetapi tiada akses ke atas perkhidmatan internet kerana tidak mampu membeli servis data disebabkan kekangan kewangan.

Ciri-ciri miskin digital juga, katanya, boleh dihuraikan apabila mereka memiliki pengetahuan terhad mengenai teknologi, kurang keupayaan menggunakan teknologi, tiada akses kepada kemudahan serta berdepan kekangan menyediakan teknologi terbabit.

“Golongan berdepan isu miskin digital ini terdiri daripada kelompok yang sedia miskin kerana pendapatan mereka hanya mencukupi untuk keperluan hidup dan tidak berupaya menyediakan peralatan digital.

“Kedua, golongan ini membabitkan masyarakat berpengetahuan terhad untuk menggunakan teknologi digital kerana memiliki ilmu rendah dan tidak kerap menggunakannya, bukan disebabkan mereka menolaknya, manakala ketiga tahap ketersampaian serta kualiti teknologi digital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Laboratori Generasi Siber IPSAS, Profesor Madya Dr Akmar Hayati Ahmad Ghazali berkata, isu miskin digital harus ditangani secara efisien bagi mengelakkan kesan buruk terhadap masyarakat, terutama generasi muda masa depan yang bakal memimpin negara.

Prof Madya Dr Akmar Hayati Ahmad Ghazali
Prof Madya Dr Akmar Hayati Ahmad Ghazali

Jika dibiarkan berterusan katanya, masalah itu akan menyumbang kepada peningkatan tekanan dan memburukkan kesihatan mental, termasuk dalam kalangan pelajar serta guru yang saban hari perlu mengendalikan PdPR secara atas talian.

Lebih merisaukan jelas beliau, sistem PdPR tidak dapat dijalankan dengan sempurna apabila ia membabitkan pelajar daripada peringkat kehidupan berbeza.

“Malah akan wujud jurang lebih besar antara masyarakat yang kaya digital dengan miskin digital,” katanya.

Akmar Hayati berkata, beberapa pendekatan boleh diguna pakai bagi mengatasi dan membendung masalah ini menjadi lebih serius, antara mewujudkan satu inisiatif rangsangan digital khas untuk kelompok miskin digital.

“Inisiatif ini adalah memperbanyakkan kawasan liputan internet percuma dengan kualiti lebih baik dan memberikan pakej internet khas berbayar untuk kelompok miskin digital.

“Selain itu, boleh menambah saluran pembelajaran melalui teknologi digital dan menawarkan rebat digital untuk memiliki serta menggunakan teknologi digital bagi peningkatan kualiti hidup,” katanya. - Getaran, 18 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad