web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Ambil Tindakan Berkecuali, Peguam Negara Sila Letak Jawatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 6:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) menggesa supaya Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun meletakkan jawatan secara terhormat atau dipecat kerana dilihat tidak mampu menjalankan tugas secara profesional dan berkecuali.

Majlis Presiden PH berkata, desakan itu adalah susulan kepada kenyataan umum dibuat Idrus, termasuk membabitkan sokongan terhadap Perdana Menteri.

“Beliau (Idrus) turut membuat kenyataan berhubung kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan nasihat Jemaah Menteri yang melampaui batas adab kerana memperkecilkan serta memperlekehkan titah pandangan Raja-Raja Melayu.

“Walaupun Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa ‘Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang…’, namun timbul tanda tanya apakah Peguam Negara kini boleh menjalankan fungsi terbabit secara tidak berat sebelah (impartial),” katanya di sini hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut majlis, gesaan terbabit turut berlandaskan cara pengendalian kes profil tinggi tertentu, seperti Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Mei lalu, namun sehingga hari ini tiada arahan pendakwaan daripada Peguam Negara dikeluarkan.

“Ini memang luar biasa apabila seseorang itu ditahan lebih sebulan, namun masih belum didakwa dan semestinya menimbulkan tanda tanya sama ada wujud motivasi lain dengan melengahkan pendakwaan di mahkamah.

“Oleh itu, Majlis Presiden PH mengulangi pendirian bahawa Peguam Negara perlu dipecat atau beliau sendiri meletakkan jawatan secara terhormat kerana tidak lagi mampu menjalankan tugas rasminya secara profesional dan berkecuali (neutral) dalam menegakkan undang-undang, termasuk dalam isu memberi nasihat kepada Seri Paduka Baginda,” katanya. – Getaran, 16 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 21 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad