web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Rogol Adun Tronoh, 2 Saksi Termasuk Mangsa Selesai Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 12:44PM

Paul Yong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua saksi terlindung termasuk mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong selesai memberi keterangan secara tertutup di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mangsa yang mula memberi keterangan pada petang Selasa lepas, selesai pada tengah hari semalam sebelum saksi terlindung yang kedua mula memberi keterangan petang semalam dan selesai pada pagi tadi dalam perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Mahkamah kemudian menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 16, 17, 18 Ogos dan 28 Sept depan untuk mendengar keterangan saksi-saksi lain.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Azlina Rasdi, Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin manakala pasukan pembelaan terdiri daripada Datuk Rajpal Singh, Salim Bashir dan Phang Yong Nur Sarah.

Kedua-dua saksi terlindung berkenaan memberi keterangan secara tertutup mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009 yang hanya boleh dilihat hakim manakala pihak pendakwaan dan peguam hanya mendengar suara  tanpa melihat mereka semasa memberi keterangan.

Mahkamah telah mendengar keterangan 16 orang saksi pada perbicaraan bermula pada 5 April lepas.

Yong, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, di kediamannya di Meru Desa Park di sini antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen, namun pada 15 Dis 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Yong didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad