web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya 1.26% Petugas Kesihatan Dijangkiti COVID Selepas Lengkap 2 Dos Vaksin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 8:06AM

Petugas barisan hadapan mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya segelintir petugas kesihatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin telah dijangkiti virus COVID-19 kategori tiga dan empat sementara tiada yang dijangkiti kategori lima, menurut data KKM dari 24 Feb hingga 14 Julai tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di Twitternya malam ini berkata data terkini diperoleh daripada ujian berkala menunjukkan 3,106 (1.26 peratus) daripada keseluruhan 245,932 petugas kesihatan dijangkiti virus itu selepas melengkapkan suntikan vaksin, dengan masing-masing tiga (0.1 peratus) dalam kategori tiga dan empat (0.1 peratus) di kategori empat.

“Pernah suatu ketika, ramai tidak gembira dengan ciapan saya apabila saya menyentuh mengenai bilangan petugas kesihatan telah dijangkiti selepas lengkap dua dos vaksin. Ya, kamu masih boleh dijangkiti selepas lengkap dua dos vaksin tetapi tidak serius, kurang kemasukan ke hospital dan kematian.

“Percayalah vaksin, percaya data. Vaksin menyelamatkan nyawa dan selepas divaksinasi sepenuhnya kita boleh berdampingan dengan COVID-19,” katanya.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan Dr Noor Hisham, sebanyak 1,012 petugas kesihatan dirawat di bawah kategori satu yang mana tidak mengalami sebarang simptom; 2,088 (kategori dua-gejala ringan); tiga (kategori tiga-radang paru-paru); tiga (kategori empat - perlu oksigen) dan sifar dalam kategori lima (rawatan di unit rawatan rapi - ICU). - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad