web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Sempurnakan Istiadat Pembukaan Parlimen, 6 Sept ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 7:27PM

Yang di-Pertuan Agong akan menyempurnakan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada 6 September ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 Sept di Bangunan Parlimen, di sini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata ia berdasarkan pemakluman yang diterimanya daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Takwim Dewan Rakyat bagi Penggal Keempat, Parlimen ke-14 Tahun 2021 adalah Mesyuarat Pertama akan diadakan mulai 6 Sept hingga 30 Sept selama 15 hari.

“Mesyuarat Kedua mulai 25 Okt hingga 16 Dis selama 32 hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Azhar berkata beliau turut dimaklumkan Perdana Menteri bahawa bagi faedah orang ramai adalah mustahak untuk diadakan satu Mesyuarat Khas sebelum permulaan Mesyuarat Pertama ditetapkan mengikut Peraturan 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Bagi tujuan itu, Azhar berkata beliau juga dimaklumkan bahawa Seri Paduka telah memberi perkenan untuk Perdana Menteri mengadakan mesyuarat berkenaan walaupun Proklamasi Darurat bertarikh 11 Jan masih berkuat kuasa.

“Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Rakyat Dr Nizam Mydin Bacha Mydin akan menyusul dengan mengeluarkan Pemberitahuan Mesyuarat Khas tersebut kepada semua Ahli Dewan Rakyat hari ini, memaklumkan bahawa Dewan Rakyat akan bersidang selama lima hari pada 26 Julai hingga 29 Julai dan 2 Ogos mulai 10 pagi,” katanya.

Bagi memastikan Mesyuarat Khas ini berlangsung dalam keadaan selamat, Azhar mengingatkan semua Ahli Dewan Rakyat supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard Pelaksanaan Persidangan Parlimen yang telah ditetapkan dengan mengambil kira pandangan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad