web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perut Terburai Ditanduk Lembu, Warga Asing Stabil Selepas Dibedah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 4:44PM

Keadaan Hakim yang terburai perutnya akibat ditanduk lembu sado, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

POKOK SENA - Berpantang maut sebelum ajal!

Seorang warganegara asing berdepan pengalaman menakutkan, setelah perutnya terburai ditanduk beberapa kali oleh seekor lembu sado, pagi semalam.

Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 30-an, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi, ketika mangsa yang hanya dikenali sebagai Hakim, 50-an mahu memindahkan lembu baka ‘blonde’ tersebut ke kandang lain.

“Belum sempat membuka tali yang menambatnya, lembu itu tiba-tiba naik angin lalu menanduk Hakim beberapa kali menyebabkan perutnya terburai.

“Sampai satu ketika, tanduk haiwan itu tersangkut pada dinding. Ketika itulah pemilik ladang tersebut sempat menarik Hakim menjauhi lembu berkenaan dan menyelamatkannya,” katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Lembu sado baka blonde yang menanduk seorang warganegara asing hingga terburai perutnya semalam.
Lembu sado baka blonde yang menanduk seorang warganegara asing hingga terburai perutnya semalam.

Difahamkan Hakim tinggal di kampung tersebut sejak beberapa tahun lepas dan sering membantu pemilik ladang tersebut mengurus lembu-lembunya.

Lembu yang terlibat dalam kejadian itu dikatakan tidak sihat dan tindakan untuk memindahkan ia ke kandang lain dibuat bagi membolehkan haiwan itu diberi rawatan sewajarnya.

Menurut Mat, walaupun usus Hakim terkeluar, dia tetap sedar ketika diselamatkan.

“Pemilik ladang itu membawa Hakim ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan pembedahan dijalankan serta-merta bagi menyelamatkan nyawanya.

“Ketika ini dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih ditahan di wad. Pemilik ladang itu juga dikatakan akan menanggung segala kos rawatan mangsa,” katanya. - Getaran, 14 Julai 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad