web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19 Pecah Rekod, 9,180 Kes Tertinggi Setakat Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 4:32PM

Sebanyak 9,180 kes COVID-19 direkodkan hari ini, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 4,400 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 9,180 kes baru COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jangkitan keseluruhan kepada 817,838.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka tersebut merupakan jangkitan harian tertinggi setakat ini, sekali gus memecah rekod 9,020 yang dicatatkan 29 Mei lalu.

"Selangor masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 4,400 kes harian manakala kumulatif sebanyak 277,393. 

"Ia disusuli dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 1,271 kes harian dan 86,313 kumulatif manakala jumlah ketiga tertinggi ialah di Johor, mencakupi 315 kes harian dan 74,037 kumulatif," katanya.

Sabah mencatatkan 323 kes harian, Sarawak (406), Negeri Sembilan (899), Pulau Pinang (142), Kelantan (151), Perak (241), Kedah (417), Melaka (222) dan 214 di Pahang.

Empat lagi negeri menunjukan kes harian kurang dari tiga angka iaitu di Terengganu 82 (11,671) kes, Wilayah Persekutuan Labuan 80 (9,002) kes, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 16 (2,511) kes.

Perlis pula masih kekal dengan satu kes harian dilaporkan pada hari ini, membabitkan  603 kes kumulatif. - Getaran, 9 Julai 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar