web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid, Surau Seluruh Wilayah Persekutuan Dibenar Tunai Solat Fardu, Jumaat - JAWI

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 1:43PM

JAWI mengeluarkan ketetapan baru bahawa 300 jemaah dibenarkan solat Jumaat dan Aidiladha di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Solat Jumaat dan fardu dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan, mulai esok termasuk solat Aidiladha dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kebenaran itu diberi setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seramai 300 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan solat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan.

"Untuk lapan masjid pusat zon, 100 jemaah dibenarkan membabitkan enam masjid di ibu negara iaitu Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong; Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Setapak; Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Maluri; Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju; Masjid Al-Muaqarrabin, Bandar Tasek Selatan dan Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru.

"Dua lagi masjid pusat zon ialah Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya dan Masjid Jamek An-Nur, Labuan," katanya di sini hari ini.

Untuk masjid kariah dan surau Jumaat, hanya 50 jemaah dibenarkan manakala surau yang beroleh kebenaran khas untuk mendirikan solat Jumaat dibenarkan menampung sehingga 40 jemaah.

Sementara itu, bilangan jemaah di surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya 12 jemaah dibenarkan.

Bagi solat fardu di kawasan PKP, Mohd Ajib berkata, seramai 100 jemaah dibenarkan mendirikan solat di Masjid Wilayah Persekutuan.

"Untuk lapan masjid pusat zon, seramai 50 jemaah dibenarkan dan bagi masjid kariah dan surau Jumaat, seramai 30 jemaah dibenarkan.

"Bilangan jemaah untuk solat fardu di surau yang menerima kebenaran khas untuk mendirikan solat Jumaat pula adalah seramai 20 orang," katanya.

Seramai 12 jemaah pula dibenarkan menunaikan solat fardu di semua surau, termasuk surau Jumaat PPR dan PA DBKL.

Bagi kawasan yang dikenakan Peritah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Mohd Ajib berkata solat fardu dibenarkan tetapi terhad kepada tiga jemaah di semua masjid, surau Jumaat dan surau, manakala solat Jumaat digantikan dengan solat Zohor. - Getaran, 8 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Hebat Awak Dik!

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad