Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Kematian Dalam Tahanan: Keluarga Kamarulnizam Dapat Ganti Rugi Lebih RM300,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 5:35PM

Rahaya Salleh (kanan) bercakap kepada media di luar Mahkamah Tinggi Ipoh pada 13 Ogos 2019. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memberikan pampasan sebanyak RM302,800 kepada keluarga pekerja kilang Kamarulnizam Ismail yang meninggal dunia ketika dalam tahanan pada 2014.

Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim diketuai Datuk Yaacob Md Sam memberikan pampasan sebanyak RM250,000 sebagai ganti rugi bagi kecuaian dan RM40,800 bagi tuntutan tanggungan kepada ibu Kamarulnizam iaitu Rahaya Salleh yang berusia 71 tahun.

Panel itu turut membenarkan permohonan bagi mendapatkan faedah sebanyak empat peratus ke atas ganti rugi am dari tarikh writ saman difailkan iaitu pada 3 Mac 2017 sehingga mahkamah membuat keputusan dan faedah sebanyak lima peratus bagi tuntutan tanggungan dari tarikh hari ini sehingga penyelesaian penuh jumlah terbabit.

Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk M Gunalan yang turut bersidang juga membenarkan kos sebanyak RM5,000 diberikan kepada Rahaya bagi prosiding di Mahkamah Rayuan.

Peguam M Visvanathan, yang mewakili Rahaya, ketika dihubungi berkata jumlah sebenar yang bakal diperoleh anak guamnya ialah RM337,800 termasuk ganti rugi khas sebanyak RM10,000 serta RM2,000 bagi kos pengebumian, RM30,000 bagi kos prosiding di Mahkamah Tinggi dan RM5,000 bagi kos prosiding di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah itu tidak termasuk faedah.

Semasa prosiding mahkamah pada 24 Jun lepas, panel sama telah membenarkan rayuan Rahaya bagi mendapatkan tuntutan tanggungan serta membenarkan sebahagian daripada rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi memberikan ganti rugi sebanyak RM100,000 bagi penahanan salah dan RM50,000 bagi misfeasans atau salah guna kuasa dalam jawatan awam kepada keluarga Kamarulnizam.

Selain ganti rugi bagi kecuaian dan tuntutan tanggungan, panel itu turut memberikan ganti rugi khas serta kos pengebumian dan meningkatkan jumlah kos bagi prosiding di Mahkamah Tinggi daripada RM12,000 kepada RM30,000 kepada Rahaya.

Mahkamah Rayuan juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati polis, pegawai penjara dan kerajaan bertanggungjawab bagi kecuaian dan menetapkan hari ini untuk memutuskan kuantum ganti rugi bagi kecuaian dan tuntutan tanggungan.

Ahmad Nasfy, yang menyampaikan keputusan hari ini, berkata RM250,000 adalah jumlah yang wajar sebagai ganti rugi am bagi kecuaian kerana mangsa terpaksa menjalani tempoh tahanan serta soal siasat yang lama dan ini telah menjejaskan keadaan mental serta kesihatannya.

Beliau berkata Kamarulnizam, 39, telah diletak di bawah tahanan reman dan dipindahkan dari satu lokap ke lokap lain serta terpaksa menempuh tempoh soal siasat yang lama oleh pasukan penyiasat yang berbeza.

Katanya Kamarulnizam telah didakwa pada 4 Mac 2014 dan dia telah mengaku bersalah serta ditempatkan dalam sebuah lokap sebelum dipindahkan ke penjara Tapah sehari selepas itu.

Ahmad Nasfy berkata keadaan kesihatan Kamarulnizam telah merosot dan tiada seorang pun dalam pasukan polis yang mempedulikan perkara itu.

Beliau berkata penyakit radang paru-paru Kamarulnizam tidak mungkin berlaku dalam tempoh semalam dan dia juga tidak mendapat perhatian dari segi perubatan.

Dilaporkan bahawa Mahkamah Majistret di Pulau Pinang telah mengenakan hukuman denda RM800 atau penjara 14 hari terhadap Kamarulnizam selepas dia mengaku bersalah mengikut Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1957 dan Seksyen 89 Akta Polis 1967.

Kamarulnizam, yang bekerja di sebuah kilang gula di Pulau Pinang, memilih untuk menjalani hukuman penjara kerana memerlukan wang itu untuk memperbaiki kereta meskipun bapanya hadir di mahkamah untuk membayar denda.

Rahaya, 71, memfailkan saman itu terhadap polis, pegawai penjara dan kerajaan pada 3 Mac 2017 dan menuntut ganti rugi bagi tuntutan tanggungan, misfeasans atau salah guna kuasa dalam jawatan awam serta ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas.

Pada Ogos 2019, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa defendan bertanggungjawab bagi kecuaian itu memberikan pampasan sebanyak RM100,000 kepada keluarga Kamarulnizam berhubung penahanan salahnya dan RM50,000 bagi misfeasans.

Turut mewakili Rahaya ialah peguam Sanjay Nathan manakala Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, Andi Razali Jaya A. Dadi dan Mohd Ashraf Abd Hamid hadir bagi pihak polis, pegawai penjara serta kerajaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Dadah: Mahkamah Tolak Rayuan Bekas Penghantar Barang, Hukuman 20 Sebatan Kekal

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Editor Sarawak Report, 2 Lagi Diperintah Bayar RM300,00 Kerana Fitnah Sultanah

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

Semasa 23 jam yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 22 jam yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia