web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Disiasat Guna Tik Tok Dakwa Kilang Punca COVID Meningkat Di Selangor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 7:30AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil seorang wanita bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya di dalam satu rakaman video kini tular di media yang mendakwa bahawa peningkatan kes COVID-19 di Selangor berpunca daripada pekerja kilang sarung tangan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ini kerana perbuatan individu dalam video itu mendatangkan ketakutan kepada masyarakat, apabila wanita itu mendakwa penularan wabak di Selangor berpunca daripada tindakan pengusaha kilang berkenaan yang tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dalam menguruskan pekerjanya.

Beliau berkata video berdurasi tiga minit empat saat yang tular di aplikasi Tik Tok itu memaparkan dakwaan wanita berkenaan yang memperkenalkan dirinya sebagai Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor.

“(Wanita itu) mendakwa peningkatan kes wabak itu disebabkan tindakan pengusaha kilang sarung tangan yang memindahkan pekerjanya yang positif daripada asrama pekerja di Petaling Jaya ke dua hotel di Klang bagi membolehkan mereka hadir bekerja dalam tempoh PKPD,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya wanita itu juga mendakwa terdapat kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja kilang sarung tangan itu hingga menyebabkan seluruh asrama pekerja di kawasan Sungai Way di daerah Petaling Jaya dikenakan tindakan PKPD, namun kilang itu masih beroperasi sepenuhnya.

Mohamad Fakhrudin berkata selain itu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara turut membuka kertas siasatan terhadap pengusaha kilang itu di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit kepada nyawa.

Jelasnya kes juga disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak mematuhi perintah sah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

“Siasatan terhadap individu di dalam video yang tular itu pula (dilakukan) di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebarkan satu kenyataan yang mendatangkan khianat awam menyebabkan ketakutan kepada orang awam,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya lebih peka dan prihatin sebelum menyebarkan apa-apa maklumat dan berhubung dengan pihak berwajib sekiranya mempunyai maklumat, dan bukannya menyebarkan melalui media sosial. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad