web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penggunaan Katil Hospital Di Lembah Klang Lebih 85% - Dr Adham

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 2:34PM

Antara langkah yang diambil untuk menangani masalah rujukan pesakit yang tinggi, KKM akan meluaskan penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar penggunaan katil pesakit termasuk 'repurpose bed'  (katil yang diubah suai) di hospital-hospital di Lembah Klang kini  melebihi 85 peratus, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. 

Beliau berkata mengambil kira keperluan katil tambahan, khususnya di unit rawatan rapi (ICU), Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan beberapa langkah afirmatif segera untuk menangani keadaan luar jangka kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ke hospital-hospital kementerian di Lembah Klang, terutamanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Antaranya ialah meluaskan lagi penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta bagi membolehkan HKL menerima dan merawat lebih ramai pesakit COVID-19. 

Selain itu, kapasiti katil ICU dan bukan ICU termasuk peralatan dan kemudahan seperti alat bantuan pernafasan di hospital KKM dan Hospital Pengajar Universiti seperti Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM), Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM), akan ditingkatkan bagi menerima serta merawat lebih ramai pesakit COVID-19.

"Turut dilaksanakan ialah memberi penugasan semula sementara kepada petugas kesihatan merangkumi pakar perubatan dan anggota paramedik dari negeri tertentu, bagi menyokong perkhidmatan di hospital KKM dan Hospital Pengajar Universiti yang memerlukan petugas kesihatan tambahan untuk merawat pesakit COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dr Adham berkata langkah lain ialah mengoptimumkan sumbangan sukarelawan dan pelajar kejururawatan tahun akhir daripada Institut Latihan KKM yang sedang menjalani latihan praktikal bagi membantu petugas kesihatan seperti di pusat pemberian vaksin (PPV), manakala sebahagian jururawat berpengalaman di PPV dan pusat saringan COVID-19 ditugaskan semula bagi menyokong penyampaian perkhidmatan di hospital KKM.

"Menerusi langkah-langkah afirmatif ini, KKM berharap tekanan tinggi yang diterima oleh pihak hospital untuk menerima dan merawat pesakit COVID-19 dapat dikurangkan dari semasa ke semasa, serta negara dapat segera mencapai pemulihan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Adham berkata daripada keseluruhan kes COVID-19 yang dikendalikan oleh HKL, sebanyak 71 peratus adalah pesakit COVID-19 kategori tiga hingga lima, manakala bakinya pesakit COVID-19 kategori satu dan dua.

Berdasarkan rekod terkini, Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL menerima 60 hingga 70 pesakit COVID-19  sehari dengan purata tiga pesakit kategori empat dan lima yang memerlukan bantuan alat pernafasan selain perlu dirawat di ICU. 

Beliau menjelaskan jumlah kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL sebagai hospital rujukan berstatus Hibrid COVID-19, iaitu menerima pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19, ditangani dengan penyediaan dan penggunaan katil tambahan, manakala pesakit COVID-19 yang telah stabil dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras dan Institut Perubatan Respiratori.

Menurutnya, jumlah kedatangan atau rujukan pesakit COVID-19 yang semakin meningkat ke hospital KKM di Lembah Klang ditangani dengan kerjasama Hospital Sungai Buloh yang kini berstatus Hospital COVID-19 serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang turut mengendalikan sementara pesakit COVID-19 hingga kategori empat sebelum dipindahkan ke hospital.

"KKM juga bekerjasama dengan HPKK UKM, Hospital UPM, Hospital UiTM dan Hospital Angkatan Tentera Malaysia untuk menerima serta merawat kes pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19," kata Dr Adham. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad