web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenyataan Tidak Sensitif, Mufti Pulau Pinang Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 8:29PM

Wan Salim berkata kenyataan dibuat semalam itu juga bertujuan untuk membetulkan salah tanggapan orang ramai. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Selepas muncul dengan kenyataan yang dianggap tidak bersimpati dengan kesusahan ditanggung rakyat ketika ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor tampil memohon maaf kepada semua pihak.

Menurut Wan Salim, pendiriannya untuk tidak menyetujui kempen bendera putih adalah berlandaskan kepada agama, kerana gerakan seperti itu dibimbangi boleh menggugat akidah penduduk beragama Islam.

“Ini boleh berlaku jika tindakan itu bermotifkan sikap berputus asa daripada rahmat Allah dan tidak bersabar terhadap ujian-Nya. 

“Tidak terlintas sama sekali di hati saya untuk menghalang tindakan tersebut jika difikirkan boleh menjadi satu cara berkesan bagi menyedarkan pihak berkuasa dan masyarakat awam, serta memudahkan semua pihak menghulur bantuan kepada golongan memerlukan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kenyataan dibuat semalam itu juga bertujuan untuk membetulkan salah tanggapan orang ramai, bahawa pihak bertanggungjawab telah mengabaikan tugas mereka dalam menjaga kebajikan golongan kurang berkemampuan.

Sebaliknya, Wan Salim berkata, nasib golongan itu sentiasa mendapat perhatian serta bantuan kerajaan Persekutuan dan negeri, termasuk agensi seperti pusat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Dalam kenyataan semalam, saya turut menggesa pihak berkuasa dan agensi kerajaan agar bertindak lebih agresif untuk membantu mereka yang terjejas.

“Malah saya juga menyeru syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta untuk turut membantu meringankan kepayahan hidup golongan berkenaan,” katanya.

Wan Salim dalam kenyataannya semalam menegaskan, beliau tidak bersetuju dengan cadangan mengibar bendera putih sebagai usaha golongan kurang berkemampuan untuk memohon bantuan daripada orang ramai.

Beliau dilaporkan berkata, tindakan itu dianggap sebagai tidak wajar dilakukan kerana ia mencerminkan sikap berputus asa dan mengalah terhadap situasi dialami. - Getaran, 2 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Semua Pihak Harus Sokong Titah Sultan Pahang, Jaga Kesucian Masjid - Mufti 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Politik 2 tahun yang lalu

'Fitnah Saya Kempen Dalam Masjid, Sila Minta Maaf Dalam Tempoh 24 Jam'

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar