web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


STPM 2020 Catat PNGK Lebih Baik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 2:15PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 merekodkan peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dengan catatan 2.78, berbanding 2.77 pada tahun sebelumnya.

Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Wahid Razzaly bagaimanapun berkata, bilangan calon memperoleh PNGK 4.0 berkurangan, iaitu 741 orang, berbanding 802 calon pada 2019.

“Seramai 554 calon atau 74.76 peratus daripada 741 yang memperoleh keputusan cemerlang ini terdiri daripada golongan B40.

“Bilangan calon memperoleh PNGK 3.09 dan ke atas pula meningkat daripada 33.45 peratus atau 14,994 calon 2019 kepada 33.69 peratus atau 14,482 (2020),” katanya pada Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan STPM 2020 yang diadakan secara maya di MPM, hari ini.

Turut hadir, Ketua Eksekutif MPM, Mohd Fauzi Mohd Kassim.

Wahid berkata, jumlah calon yang memperoleh PNGK 3.00 sehingga 2.00 didapati menurun daripada 51.81 peratus atau 23,221 calon pada 2019 kepada 50.97 peratus atau 21,910 calon (2020).

Pencapaian PNGK calon bandar jelasnya, masih mengatasi calon luar bandar seperti tahun sebelumnya dengan perbezaan jurang 0.02, iaitu masing-masing mencatatkan 2.80 dan 2.78 sama seperti tahun 2019.

“Dari 741 calon yang mencatatkan pencapaian PNGK 4.00, seramai 23 calon mendapat keputusan 5A dalam kelima-lima mata pelajaran diambil manakala 718 calon memperoleh 4A bagi kesemua empat mata pelajaran,” katanya.

Mengulas lanjut Wahid berkata, daripada aspek prestasi 23 mata pelajaran yang ditawarkan pada STPM 2019, kesemuanya mencatatkan peratusan kelulusan melebihi 70 peratus, iaitu sekurang-kurangnya gred C.

Jelasnya, mata pelajaran Tahfiz Al-Quran yang ditawarkan buat pertama kali dalam STPM, menunjukkan pencapaian amat membanggakan apabila 63 daripada 69 calon menghafaz keseluruhan 30 juzuk.

“Walaupun pencapaian keseluruhan calon pada STPM 2020 menunjukkan naik turun, saya tetap yakin peluang bakal diterima calon untuk melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA), masih besar seperti tahun-tahun sebelum,” katanya.

Berhubung proses semakan keputusan, Wahid berkata, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkannya secara dalam talian melalui http://stpm.mpm.edu.my/stpmK pada 1 Julai 2021 (Khamis) mulai jam 12 tengah hari.

“Keputusan juga boleh diketahui menerusi perkhidmatan SMS ringkasan keputusan dengan menaip STPM<jarak>nombor kad pengenalan<jarak>angka giliran dan hantar ke 68886 pada 1 Julai 2021 mulai jam 11:00 pagi sehingga 9 Julai 2021 (Jumaat) jam 12:00 tengah hari.

“Calon turut boleh memperoleh keputusan menerusi penghantaran dibuat MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai 2021 mulai jam 11:00 pagi (bagi calon yang membekalkan alamat e-mel ke MPM).

“Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah akan mengenal pasti calon terbabit dan memaklumkan kaedah sesuai untuk mereka mendapatkan keputusan peperiksaan itu,” katanya.

STPM 2020 diduduki seramai 42,983 dan jumlah itu berkurangan berbanding jumlah calon pada 2019, iaitu 44,823. - Getaran, 1 Julai 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad