web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelbagai Pihak Berkolaborasi Atasi Isu Bunuh Diri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 8:45PM

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi akan berkolaborasi untuk menangani masalah kemurungan yang semakin membimbangkan sehingga ada yang mengambil tindakan membunuh diri. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata isu berkaitan kemurungan sehingga menyebabkan bunuh diri telah dibincangkan sejak beberapa bulan lalu oleh pelbagai pihak termasuk kementeriannya, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Kita akan juga berkolaborasi dan cuba sebaik mungkin. Sebab di sana ramai agamawan berkata cara merekalah yang terbaik, pihak kaunselor pula kata cara merekalah yang terbaik. Jadi bagi saya baik kita gabung semua,” katanya kepada ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di sini, hari ini.

Zulkifli berkata beliau juga bercadang untuk bertemu sendiri dengan individu yang mengalami kemurungan  atau stres melampau untuk menyelami dan menyelesaikan masalah mereka.  

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam meminta masyarakat untuk lebih cakna dan prihatin terhadap ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku membunuh diri.

Katanya pandemik COVID-19 memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia.

Malah, Dr Noor Hisham berkata sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada 2020 iaitu 631 kes berbanding 609 kes pada 2019 dan sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri dilaporkan kepada PDRM.

Dalam pada itu Zulkifli berkata pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi memastikan golongan sasaran segera dibantu dan masalah kemurungan akibat tekanan hidup dapat diatasi, termasuk memacakkan atau mengibarkan bendera putih di hadapan rumah.

“Kita buat semua. Doa kita buat, ikhtiar kita buat, turun padang kita buat dan yang paling penting kita hendak selamatkan seramai mungkin daripada terjebak dengan isu seperti tekanan melampau.

Setakat ni saya tak kata salah, saya tak kata tak salah (kibar bendera putih). Apa yang baiknya bagaimana bantuan kita boleh sampaikan kepada sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kempen mengibarkan bendera putih di hadapan rumah sekiranya tiada makanan atau perlukan bantuan, yang tersebar luas di pelbagai platform media sosial.

Terdahulu Zulkifli menyampaikan 200 pek bantuan makanan dan barang keperluan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepada Anggota Dewan Undangan Negeri  Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim untuk diedarkan kepada penduduk yang memerlukan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Fikir Bunuh Diri Seawal Usia 11 Tahun, Senario Serius Harus Dicantas Sebelum Bertunas

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran