Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ingkar SOP Terlibat Perarakan Kematian, 13 Individu Didakwa Di Mahkamah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 8:19PM

13 individu termasuk 2 remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan melanggar SOP ketika Sekatan Pergerakan Penuh dengan melakukan perarakan kematian pada 17 Jun lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Seramai 13 individu termasuk dua remaja bawah umur hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Sekatan Pergerakan Penuh dengan melakukan perarakan kematian pada 17 Jun lepas.

S. Munisvaran, 24, K. Surendran, 35, B. Subramaniam, 23, K. Yeshwar, 22, S. Logeswari, 23, dan kedua-dua remaja mengaku bersalah manakala P. Surendran, 21, M. Jagan, 24, M. Thiruselvaan, 21, N. Amos, 19, N. Vinhoth, 21 dan M. Guganeswaran, 21, minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM6,000 atau penjara dua bulan ke atas Munisvaran, Surendran, Subramaniam, Yeshwar dan Logeswari manakala kedua-dua remaja dibenarkan diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu laporan akhlak sebelum jatuh hukum.

Surendran, Jagan, Thiruselvaan, Amos, Vinhoth serta Guganesawaran pula masing-masing dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 3 Ogos untuk sebutan semula kes.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Siram di sini pada 2.50 petang, 17 Jun lepas mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda RM50,000 jika sabit kesalahan.

Thiruselvaan, Jagan, P. Surendran dan Guganeswaran, yang turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki tatu serta kain rentang dengan simbol swastika dan dua syiling bertindih yang melambangkan kumpulan kongsi gelap.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM15,000.

Majistret M. Kalaiarasi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan mereka melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga kes selesai serta menetapkan 3 Ogos untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Abd Halim dan Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala semua tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. - Bernama

Sorotan

1

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

2

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

3

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

4

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

5

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

6

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

7

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

Semasa 20 jam yang lalu

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Suspek Kedua Diberkas Semalam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Suspek Kedua Kes Simbah Asid Faisal Halim Direman 5 Hari - Polis

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: China Kecewakan Indonesia, Rangkul Juara Kali Ke-11