web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengerusi MAHB Bertegas Bantah Penjualan Lapangan Terbang Subang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 11:03AM

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) - Gambar Sadiq Asyraf

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) tetap dengan pendirian membantah sebarang cadangan kerajaan untuk menjual Lapangan Terbang Subang kepada syarikat swasta.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan, bantahan itu sudah diulangi sebanyak tiga kali, bagi menggagalkan cubaan penjualan tersebut yang baru-baru ini dikatakan masih hebat dilobi oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan.

“Saya telah menyatakan agar kerajaan membatalkan hasrat untuk menswastakan dan mengeluarkan Lapangan Terbang Subang yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) bagi tujuan pengambil-alihan oleh pihak tertentu.

“Saya juga menekankan bahawa pelan Regenerasi LTSAAS yang dikemukakan oleh MAHB adalah merupakan sebahagian daripada kerangka besar perancangan masa depan kerajaan ke arah industri penerbangan dan aeroangkasa negara iaitu Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan dan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Kebangsaan 2030," katanya di sini.

Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, beliau masih menaruh harapan untuk kerajaan mendengar pandangan rakyat dan rintihan warga MAHB agar LTSAAS tidak dijual.

Kenyataan Zambry ini adalah susulan daripada desakan dibuat oleh gabungan kesatuan pekerja MAHB dari seluruh negara yang pada empat hari lalu, menggesa beliau untuk membantah penjualan LTSAAS.

“Justeru tidak timbul perkara yang dimainkan oleh kalangan tertentu bahawa tidak pernah bersama dengan MAHB dan kesatuan pekerja MAHB. LTSAAS adalah aset strategik negara yang perlu dipertahankan,” tegas Zambry.

Adalah dianggarkan penjualan LTSAAS – kepada syarikat swasta WCT Holdings – berpotensi mencatatkan kerugian berjumlah RM11.9 billion kepada MAHB, berdasarkan tempoh perjanjian konsesi lapangan terbang tersebut yang hanya akan tamat pada 2069.

WCT Holdings dipengerusikan oleh Tan Sri Desmond Lim. – Getaran, 25 Jun 2021.

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad