web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19 Bukan Jenayah, Kenapa Perlu Stigma Negatif?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 8:19PM

Bekas pesakit COVID-19 berdepan dengan stigma negatif daripada segelintir masyarakat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah hampir dua tahun Malaysia diancam penularan COVID-19 dan sedar atau tidak, rakyat semakin betah meneruskan hidup bersandarkan kepada norma baharu.

Dengan 705,762 kes setakat hari ini, perkembangan terkini mengenai virus itu adalah satu kelaziman yang ditunggu semua rakyat.

Melihat kepada bilangan jangkitan keseluruhan yang semakin menghampiri angka 1 juta dan kempen kesedaran oleh jentera perubatan negara, adalah amat menjengkelkan sebenarnya bila mengetahui, stigma negatif masih dilempar terhadap bekas pesakit.

Di sela simpati yang dihulurkan, masih berkalung gusar dan prasangka, walaupun mereka sudah disahkan sihat oleh doktor bertugas.

Kepulangan yang seharusnya diraikan, bertukar menjadi beban perasaan buat bekas pesakit apabila sorot mata penuh ketakutan mengekori setiap jejak langkah.

Petugas di sektor swasta, Alaina Abu Kasim, 26 berkata, pengalaman dijangkiti COVID-19 Mac tahun lalu tidak begitu menakutkan berbanding selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Dikategorikan sebagai pesakit bergejala ringan, Alaina dirawat selama 14 hari di hospital dan bertuah kerana tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan.

“Saya hanya mengalami demam ringan dan hilang deria rasa serta bau. Lain dari itu tiada sebarang masalah lain, malah sepanjang di wad saya turut membantu mengagihkan makanan atau melayan pesakit kanak-kanak yang dijangkiti bagi menghilangkan kebosanan mereka,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Anak bongsu dari tiga beradik itu berkata, khabar gembira yang diterima sebaik dibenarkan keluar daripada hospital tidak bertahan lama sebaik pulang ke rumah sewanya di pinggir ibu negara.

“Saya faham mereka takut dengan bahaya virus, tapi tidakkah mereka sedar, kami hanya dibenarkan keluar dari hospital apabila disahkan sihat sepenuhnya oleh doktor?

“Memang saya akui virus ini berbahaya, tetapi mengapa kami perlu dianggap sebagai satu entiti berbahaya oleh masyarakat setempat,” katanya, kesal.

Pengalaman disisihkan jiran sekeliling sejak dibenarkan keluar dari sebuah Pusat Kuaratin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di selatan tanah air selamanya akan kekal dalam ingatan Nurul Basyirah Kamaludin (bukan nama sebenar), 43.

Guru Pendidikan Khas itu berkata, kegembiraan pulang ke rumah untuk bertemu anak dan suami yang cukup dirindui sirna, sebaik menyedari jiran sekeliling seakan memulaukan mereka sekeluarga.

“Kemuncak keadaan itu ialah apabila seorang jiran berterus terang kepada suami, meminta agar saya tidak berada di situ buat sementara waktu, atau kami sekeluarga menginap di tempat lain.

“Semuanya kerana ketakutan menebal terhadap COVID-19 hingga mereka lupa bahawa keadaan itu menyakiti dan menyinggung saya sekeluarga,” katanya.

Memilih untuk kekal di rumah dan tidak menghiraukan ketakutan tidak berasas itu, Nurul Basyirah bagaimanapun mengambil pendekatan dengan hanya berkurung di dalam tanpa sekali pun berada di luar, waima di dalam pagar.

“Selama lebih dua minggu saya langsung tak keluar. Suami juga hanya keluar jika perlu ke pejabat sahaja. Anak memang tak jadi masalah kerana dia baru berusia dua tahun, memang sepanjang masa bersama saya,” katanya.

Membaca pengalaman yang dikongsi bersama Getaran ini, sukar dibayangkan betapa segelintir rakyat Malaysia masih dihantui stigma dan pendapat tidak berasas mengenai COVID-19.

Benar, kita harus takut pada virus pembunuh itu, namun jangan pula ia dibiarkan melampaui batas sehingga menggoyah semangat bekas pesakit yang perlu berjuang untuk terus hidup.

Tidak ada individu dengan rela membiarkan diri dijangkiti, apatah lagi dalam keadaan COVID-19 yang sudah berakar umbi dalam komuniti.

Jika tidak mampu menumpangkan bahu untuk bersandar, jangan pula empati dibiarkan terhapus dari dalam diri. – Getaran, 22 Jun 2021  

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Disyaki Curi Wang Majlis Kahwin Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar Motosikal

Sorotan

1

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

3

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

4

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 minit yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad