web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langgar SOP, Kilang Proses Sarung Tangan Diarah Tutup

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 8:03AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sebuah kilang memproses sarung tangan getah di Kamunting Raya Industrial di Taiping diarahkan tutup serta-merta dan dikompaun RM25,000 kerana dikesan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata tindakan diambil menerusi operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, dibantu Unit Penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah Taiping ke atas premis itu pukul 10 pagi semalam.

"Pemeriksaan mendapati premis tersebut beroperasi dengan kapasiti kehadiran pekerja melebihi 60 peratus dan telah melanggar SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam kawasan PKP 3.0.

"Pemeriksaan juga mendapati pemilik premis mengemukakan maklumat tidak tepat mengenai kontak rapat dan maklumat lokasi jangkitan sebenar kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Taiping," katanya dalam kenyataan.

Osman berkata premis berkenaan diarahkan ditutup bermula hari ini hingga 27 Jun dan tindakan diambil mengikut Seksyen 18(1)(f) Akta 342 dan Seksyen 22(b) Akta 342. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad