web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Kaji Semula Langkah Sedia Ada, Perkenal Bantuan Tambahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 8:23AM

Kedai gunting rambut antara yang terjejas teruk kerana tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 3.0 ini disebabkan ia disenaraikan sebagai perkhidmatan bukan keperluan utama. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji semula semua langkah sedia ada dan bersedia memperkenalkan bantuan tambahan bagi menyokong kelangsungan rakyat dan perniagaan yang terkesan dalam menghadapi cabaran ekonomi pada bulan-bulan akan datang.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan turut mengambil kira sektor-sektor ekonomi yang tidak dibenarkan beroperasi sehingga fasa keempat, seperti yang digariskan dalam  Pelan Pemulihan Negara. 

"Melalui perbincangan di peringkat Kementerian Kewangan (MoF), kita bersedia memberi bantuan tambahan dalam tempoh masa terdekat. 

“Sebaik sahaja perincian dimuktamadkan, MoF boleh merangka penambahbaikan bagi membantu rakyat dan perniagaan yg terkesan,"  katanya ketika mengulas mengenai kebajikan rakyat dan Pelan Pemulihan Negara pada program AWANI 7.45, malam ini.

Mengambil contoh program subsidi upah (PSU), Tengku Zafrul berkata kerajaan juga telah mengkaji semula PSU terutamanya bagi sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sehingga fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara.

"Setakat ini, kita telah melanjutkan PSU selama sebulan dan kita beri bantuan bagi sektor yang tidak dapat dibuka bagi fasa ketiga dan keempat. Kita akan kaji bantuan dan pelaksanaan bantuan dan langkah-langkah sedia ada," katanya.

Dilaporkan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah meluluskan sebanyak 330,586 permohonan daripada majikan yang memberi manfaat kepada 2.72 juta pekerja dengan jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM15.04 bilion.

Mengulas mengenai fasa pertama dan kedua pelan tersebut, Tengku Zafrul berkata, negara kerugian RM1 bilion sehari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan pada masa ini, namun jumlah tersebut dijangka berkurangan apabila memasuki fasa-fasa seterusnya.

"Kita akan melihat indikator fizikal, jumlah kes harian serta menambahan pembukaan sektor secara berkala sebagai penanda aras," ujarnya.

Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari semasa pelaksanaan PKP 1.0, dan berkurangan kepada RM300 juta sehari semasa PKP 2.0 berikutan lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad