Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kaedah Campuran 2 Vaksin Masih Belum Diputuskan - Khairy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 5:51PM

Khairy berkata kerajaan masih lagi mengkaji kaedah pemberian campuran dua vaksin, Pfizer dan AstraZeneca pada sidang media di PPV Gong Badak, Terengganu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS -  Kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad berhubung kaedah pemberian campuran dua vaksin, Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca dalam pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, perkara itu masih lagi dalam kajian selepas dibentangkan pada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

"Penggunaan dua vaksin ini masih lagi dalam kajian kerana kita sudah bentangkan di JKAV dua minggu lepas tapi ia masih lagi belum dimuktamadkan oleh jawatankuasa teknikal," katanya kepada media  di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Gong Badak, di  sini.

Sebelum ini, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata langkah itu dilihat terbukti dalam meningkatkan peneutralan antibodi dan efektif terhadap varian.

Katanya, campuran dua vaksin itu juga boleh dijadikan alternatif sekiranya negara menghadapi kekurangan bekalan vaksin.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan tidak akan tergesa-gesa untuk membuat keputusan sebelum selesai mengumpulkan lebih banyak data mengenai campuran dua vaksin itu.

Sementara itu,  menyentuh mengenai bekalan vaksin di Terengganu, Khairy berkata, lebih dari 200,000 dos akan dihantar ke negeri itu bermula Julai  ini.

Beliau berkata, peningkatan bekalan vaksin itu akan membolehkan kadar suntikan harian meningkat dengan sasaran 12,000 dos sehari.

"Kita jangkakan penghantaran bekalan vaksin lebih 200,000 dos tapi itu kita akan muktamadkan selepas ini. Kita jangka dengan peningkatan bekalan vaksin, kadar suntikan di Terengganu juga akan meningkat," katanya.

Ahad lepas ,Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, Terengganu menjadi negeri yang mencatatkan kadar pemberian vaksin tertinggi di iaitu 92.8 peratus. - Getaran, 17 Jun 2021

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 10 jam yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 3 jam yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya