web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tun Arifin Janji Laksana Tanggungjawab Sebaik Mungkin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 12:04PM

Tun Arifin Zakaria. - Gambar Twitter Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 berjanji akan menjalankan tanggungjawab diberikan dengan sebaik mungkin.

“Saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan Tuanku melantik saya ke jawatan ini.

”Insya-Allah, dengan kerjasama dan komitmen ahli-ahli jawatankuasa, tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya selaras dengan peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021,” katanya kepada Bernama ketika mengulas mengenai pelantikannya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Arifin dan 18 individu lagi yang berkuat kuasa serta merta telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mereka yang dilantik adalah bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman; bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai; bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; bekas Ketua Pengarah Kesihatan Prof Tan Sri Dr Mohamad Taha Arif; pakar bedah jantung  Tan Sri Dr Yahya Awang.

Turut menganggotai jawatankuasa itu Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia Tan Sri Ter Leong Yap; Pro-Canselor Universiti Cyberjaya Tan Sri Dr R Palan, bekas Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Peguam Negara Datuk Sallehuddin Saidin, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan pakar kesihatan awam Prof Datu Dr Andrew Kiyu Dawi Usop.

 Selain itu juga dilantik bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman; Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar; Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun.

Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook serta Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut tersenarai dalam jawatankuasa berkenaan.

Pejabat Perdana Menteri berkata jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 itu berperanan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

Sementara Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pula akan berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini. – Bernama
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Sedia Isytihar Darurat Jika Cuaca Panas Melampau

2

Politik 3 tahun yang lalu

Ordinan, Proklamasi Darurat Parlimen Batu Sapi, Gerik Dan DUN Bugaya Dibatalkan

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Wabak Cacar Monyet, New York Isytihar Darurat

4

Ekonomi 4 tahun yang lalu

PNB Umum Agihan Pendapatan 5 Sen Untuk Pemegang Unit ASB

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar