web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Silap Langkah Buat Keputusan, Adham Baba Trending Di Twitter

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 8:49AM

Dr. Adham Baba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan tidak pernah sunyi daripada kontroversi, khususnya sejak beliau diumumkan mengisi portfolio itu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Entah kerana tuah atau sumpah, nama beliau pantas meniti di bibir masyarakat kerana waktu pelantikannya yang berlaku di saat negara berhadapan serangan menggila pandemik COVID-19.

Situasi semasa itu menyebabkan semua fokus terarah kepada Kementerian Kesihatan, sesuai dengan status mereka sebagai petugas di barisan hadapan dan fenomena ini menyebabkan Dr Adham turut termasuk dalam senarai.

Di kala negara mula berhadapan ancaman COVID-19 pada awal 2020, prestasi Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerima pujian ramai, atas kewibawaannya mengendalikan sidang media harian kementerian berhubung situasi terkini wabak.

Ketika orang ramai mengharapkan persembahan beliau akan lebih baik atau setidak-tidaknya setanding dengan Dr Dzulkefly, Dr Adham bagaimanapun menghasilkan pencapaian yang melayakkannya berada dalam ‘kelas tersendiri’.

Latar belakang beliau sebagai seorang doktor bertauliah disifatkan sebagai faktor taruhan untuk kerajaan Pakatan Nasional (PN) melantiknya sebagai Menteri Kesihatan, yang juga antara cabang terpenting kabinet.

Sedari dulu, kementerian berkenaan diiktiraf sebagai antara portfolio kanan dalam jentera pentadbiran negara, berikutan skop tugasan mereka yang berkait rapat dengan sektor kesihatan awam.

Populariti Dr Adham mencanak naik apabila mengeluarkan kenyataan mengenai air suam, ketika diwawancara dalam dalam satu program bual bicara tahun lalu.

Menerusi acara yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen itu, beliau menggesa rakyat Malaysia mengamalkan pengambilan air suam bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Kenyataan berkenaan pantas menjadi sumber jenaka ramai, hingga meraih perhatian barisan pengamal perubatan, termasuk dari kalangan mereka yang berpengaruh di media sosial.

Terbaru, Ahli Parlimen Tenggara itu sekali lagi menjadi perhatian apabila membuat keputusan ‘berani mati’ berhubung prosedur kuarantin ke atas barisan menteri Kabinet.

Keputusan berkenaan membenarkan mana-mana menteri yang pulang daripada lawatan rasmi luar negara untuk mengurangkan tempoh kuarantin daripada sepuluh kepada hanya tiga hari, berkuatkuasa semalam.

Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 2 Februari itu turut disiarkan dalam portal rasmi e-Warta Persekutuan pada 8 Februari.

Dokumen berkenaan, dikenali sebagai Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 akan dikuatkuasa sehingga 1 Ogos nanti.

Antara lain perintah itu menyebut, Dr Adham selaku Menteri Kesihatan mengecualikan barisan Jemaah Menteri yang menghadiri lawatan rasmi luar negara daripada mematuhi pelaksanaan seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Keputusan berkenaan kemudiannya tular di media sosial dan mendapat reaksi hangat netizen, termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Dr Dzulkefly, yang mempersoalkan kewajaran perintah itu dilaksanakan.

Najib dalam satu hantaran di Facebook berkata, langkah seumpama itu hanya akan mendedahkan negara kepada penyebaran varian virus COVID-19 yang lebih berbahaya.

Mengulas perkara sama, Dr Dzulkefly pula mendesak kerajaan memikirkan nasib rakyat dengan lebih terperinci, dan menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai iktibar.

Menerusi ciapan di Twitter, beliau meminta Kementerian Kesihatan memberikan penjelasan berhubung perintah terbabit, dengan menjadikan rakyat sebagai keutamaan.

“Tolong pastikan keabsahan berita ini…3 days kuarantin? Ingat Sabah?” katanya dalam ciapan berkenaan.

Serentak dengan reaksi panas itu, nama Dr Adham kembali menjadi isu utama perbualan di Twitter, apabila hashtag #AdhamBabaLetakJawatan trending dalam jangka waktu yang singkat.

Bermula dengan 8,341 pada jam 12.30 tengah hari, hashtag berkenaan diulang kicau sebanyak 18,000 kali tiga jam selepas itu dan terus meningkat kepada lebih 21,000 sejam kemudian.

Setakat jam 8.28 malam tadi, hashtag terbabit diulang kicau melebihi 32,000 kali, menjadikan ia isu terhangat setakat ini, jauh mengatasi berita mengenai perubahan fizikal Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Selepas trending di Twitter, pelbagai pihak masih menanti, apakah kerajaan akan merombak semula keputusan terbabit dengan meletakkan rakyat sebagai keutamaan atau kekal dengan perintah itu yang nyata bersifat berat sebelah.

Apa juga perkembangan, garis masa menetapkan nama Dr Adham Baba sekali lagi menjadi sebutan, cuma alangkah moleknya jika ia berlaku kerana dipuji agar kekal harum subur di hati. – Getaran, 10 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad